GEORGE TOWN: Pulau Pinang berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pengeksport utama negara pada Disember tahun lepas walaupun negeri itu merupakan negeri kedua terkecil di Malaysia.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang secara konsisten berada di kedudukan tiga teratas dalam sumbangan ekonomi, pertumbuhan dan tarikan pelaburan ke arah negara ini.
"Malah, jumlah itu amat memberangsangkan kerana kita berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pengeksport utama negara pada Disember tahun lalu.
"Lima negeri mendominasi eksport negara yang mana menyumbang sebanyak 81 peratus dan saya gembira Pulau Pinang berada pada kedudukan nombor satu dengan RM37.3 bilion," katanya semasa berucap pada Majlis Makan Tengah Hari Sempena Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Kebajikan 88 Captains, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu adalah Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isterinya Toh Puan Khadijah Mohd Noor serta Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohamad Abdul Hamid dan Pengerusi Persatuan Kebajikan 88 Captains Datuk Seri Dr Ooi Eng Hock.
Chow berkata Pulau Pinang juga berada di landasan untuk mencatat satu lagi tahun yang hebat pada tahun ini dalam pelaburan pembuatan yang telah diluluskan.
Suku ketiga 2023 menunjukkan aliran masuk FDI pembuatan yang diluluskan berjumlah RM35.8 bilion iaitu peningkatan enam kali ganda berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
"Pulau Pinang sekali lagi menunjukkan peranan sebagai penyumbang utama kepada pelaburan langsung asing (FDI) pembuatan negara dengan menguasai 42 peratus bagi pembuatan utama di Malaysia," katanya.
Beliau berkata antara negara yang mempunyai FDI pembuatan teratas di Pulau Pinang ialah Belanda, Amerika Syarikat dan Singapura yang kesemuanya menyumbang 95 peratus kepada pelaburan pembuatan yang diluluskan di negeri ini.
"Saya yakin kejayaan ekonomi kita adalah berita baik untuk semua rakyat negeri ini terutama generasi muda yang mempunyai tempat untuk mencari rezeki di tapak yang kita sediakan sekarang," katanya.
Sementara itu, Ooi berkata menerusi majlis tersebut, Persatuan Kebajikan 88 Captains berjaya mengumpulkan kutipan dana sebanyak RM2.4 juta bagi menyediakan biasiswa kepada belia kurang berkemampuan di negeri ini yang melanjutkan pengajian di universiti atau kolej tempatan.
Katanya, peruntukan itu mampu membiaya pelajar-pelajer untuk tahun ini serta tahun depan dalam usaha membantu mereka mendapatkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
"Mana-mana pelajar yang mahu memohon biasiswa, boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web Persatuan Kebajikan 88 Captains dan ia terbuka kepada mereka golongan B40 dan M40.
"Setiap pelajar akan diberikan kira-kira RM15,000 hingga RM20,000 bagi menampung yuran pendidikan termasuk kos sara hidup dan apa yang kita mahu ialah mereka menjadi pelajar yang berkualiti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024
![Pulau Pinang kekal pengekport utama negara - Ketua Menteri Pulau Pinang kekal pengekport utama negara - Ketua Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706103254_ChowKonYeow.jpg)
Chow berkata Pulau Pinang secara konsisten berada di kedudukan tiga teratas dalam sumbangan ekonomi, pertumbuhan dan tarikan pelaburan ke arah negara ini. - Gambar fail/Bernama
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Pulau Pinang tempat kedua terbaik di Asia Tenggara untuk pengembara solo - Lonely Planet Pulau Pinang tempat kedua terbaik di Asia Tenggara untuk pengembara solo - Lonely Planet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
Pulau Pinang tempat kedua terbaik di Asia Tenggara untuk pengembara solo - Lonely Planet
Portal pelancongan terkenal dunia, Lonely Planet menamakan Pulau Pinang sebagai dua tempat terbaik di Asia Tenggara untuk pengembara solo dengan menyatakan bahawa pulau itu adalah terbaik dari segi ma
![Polis tahan enam individu disyaki jadi 'keldai akaun' babitkan kerugian lebih RM96,000 Polis tahan enam individu disyaki jadi 'keldai akaun' babitkan kerugian lebih RM96,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721819746_HandcuffGari.jpg)
Polis tahan enam individu disyaki jadi 'keldai akaun' babitkan kerugian lebih RM96,000
Kesemua mereka berusia 20 hingga 47 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang berhubung enam kes penipuan.
!['Tiada pertukaran jawatan, saya luluskan cuti 11 hari Jagdeep' - Kon Yeow 'Tiada pertukaran jawatan, saya luluskan cuti 11 hari Jagdeep' - Kon Yeow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721710693_ChowKonYeowJagde.jpg)
'Tiada pertukaran jawatan, saya luluskan cuti 11 hari Jagdeep' - Kon Yeow
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menafikan dakwaan akan berlaku pertukaran jawatan pentadbiran susulan cuti panjang diberi kepada Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo.
![Kontraktor direman bantu siasatan kes tuntutan palsu Kontraktor direman bantu siasatan kes tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721295170_tbSPRM.jpg)
Kontraktor direman bantu siasatan kes tuntutan palsu
Seorang kontraktor direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu melibatkan nilai hampir RM20,000.
![27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal 27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721213446_HngMooiLye.jpg)
27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal
Tiada tindakan lanjut dapat diambil termasuk siasatan punca kematian haiwan berkenaan kerana kelewatan melaporkan insiden itu.
![Hampir 100 motosikal disita dalam operasi samseng jalanan di Pulau Pinang Hampir 100 motosikal disita dalam operasi samseng jalanan di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720843277_Polis.jpg)
Hampir 100 motosikal disita dalam operasi samseng jalanan di Pulau Pinang
Operasi tersebut dijalankan oleh polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang dan JSPT Bukit Aman.
![Balik Pulau jadi 'syurga' durian dengan lebih 30 variasi Balik Pulau jadi 'syurga' durian dengan lebih 30 variasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720845097_MohdShafiqZainol.jpg)
Balik Pulau jadi 'syurga' durian dengan lebih 30 variasi
Balik Pulau sememangnya terkenal sebagai syurga durian dalam kalangan penggemar raja buah itu.
![Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718018430_ChowKonYeowKetua.jpg)
Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow
Chow Kon Yeow berkata unjuran tersebut adalah lebih daripada mencukupi untuk keperluan di utara Perak dan Pulau Pinang.
!['Trash4Cash' cara mudah tukar 'sampah' kepada wang 'Trash4Cash' cara mudah tukar 'sampah' kepada wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719209451_SmartRecycleBin.jpg)
'Trash4Cash' cara mudah tukar 'sampah' kepada wang
Pusat kitar semula pandu lalu automatik Trash4cash yang pertama dibuka di Seberang Perai membolehkan orang ramai menukar bahan kitar semula dengan wang secara mudah.
![CAP gesa penguatkuasaan tanda harga lebih ketat CAP gesa penguatkuasaan tanda harga lebih ketat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718714772_PeniagaBazarRamada.jpg)
CAP gesa penguatkuasaan tanda harga lebih ketat
Tinjauan CAP di seluruh negeri mendapati tahap ketidakpatuhan peniaga terhadap keperluan meletakkan tanda harga masih meluas.