GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersetuju meneruskan pembiayaan Pas Mutiara, yakni pas bagi kemudahan perjalanan tanpa had selama 30 hari menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang, dengan menawarkan 150,000 pas berkenaan membabitkan peruntukan berjumlah RM7.5 juta tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari berkata, kerajaan negeri telah menambah pembiayaan Pas Mutiara sebanyak 30,000 pas lagi untuk tahun hadapan berikutan bilangan penumpang (ridership) yang meningkat setiap bulan.
Beliau berkata pengguna Pas Mutiara itu dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang secara percuma di seluruh negeri Pulau Pinang bagi semua laluan dan setiap masa.
"Ekoran sambutan yang memberangsangkan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersetuju meneruskan lagi pembiayaan Pas Mutiara sebanyak 150,000 pas pada tahun hadapan iaitu meningkat sebanyak 30,000 pas berbanding 120,000 pas yang membabitkan peruntukan RM6 juta tahun ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya penggunaan Pas Mutiara sememangnya semakin mendapat sambutan memberangsangkan di fasa peralihan ke endemik, dengan aktiviti ekonomi dan industri yang beroperasi sepenuhnya telah memberi impak positif dalam penggunaan pengangkutan awam.
Zairil berkata kerajaan negeri percaya bahawa pembiayaan subsidi ini mampu menjadi pemangkin bagi menarik lebih ramai penduduk Pulau Pinang beralih kepada pengangkutan awam sebagai cara pengangkutan pilihan berbanding kenderaan persendirian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2022
kerajaan negeri telah menambah pembiayaan Pas Mutiara sebanyak 30,000 pas lagi untuk tahun hadapan berikutan bilangan penumpang (ridership) yang meningkat setiap bulan. - Bernama
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
P. Pinang sedia jadi pemangkin rantaian nilai cip - Ketua Menteri
Pulau Pinang mampu menyumbang kepada pencapaian matlamat Malaysia seperti yang dibayangkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Pulau Pinang: Pelancongan kapal persiaran catat pertumbuhan lebih kukuh
Bilangan tempat berlabuh kapal antarabangsa dan jumlah penumpang terus menunjukkan trend peningkatan.
Cuti Aidilfitri: Pulau Pinang 'sesak' dengan pelancong
Pelancong tempatan dan luar negara membanjiri Pulau Mutiara hingga menyebabkan beberapa lokasi tumpuan menjadi sesak sejak awal pagi tadi.
Aidilfitri: PBAPP gerakkan 13 lori tangki air hingga Ahad ini
PBAPP menggerakkan 13 lori tangki air bermula semalam hingga 14 April ini sebagai langkah bersiap siaga untuk mengelak atau meminimumkan gangguan bekalan air.
Tesla aktifkan stesen pengecas super baharu di Pulau Pinang
Pengaktifan stesen itu melancarkan perjalanan pemilik Tesla untuk merentasi laluan dari Singapura ke Johor dan seterusnya ke Pulau Pinang.
P. Pinang guna kelebihan diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk tarik pelancong
Satu laporan peruncit di UK, Post Office, meletakkan Pulau Pinang di tempat ke-11 dalam senarai destinasi pelancongan termurah di seluruh dunia.
P. Pinang pantau rapi kapasiti Empangan Air Itam
PBAPP mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.