Puluhan kotak dibawa keluar dari rumah Najib Razak

Astro Awani
Mei 17, 2018 10:32 MYT
Pasukan polis masih mengawal ketat di luar pekarangan rumah beliau dari malam tadi.
Beberapa buah kotak biru dipercayai barangan peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat dibawa keluar oleh pegawai polis menggunakan sebuah lori Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pergerakan lori itu dikatakan membawa keluar barangan tersebut dari kediaman Najib kira-kira pukul 4.45 petang.
Bagaimanapun, semua petugas media masih tertanya-tanya apakah barangan yang dibawa keluar itu.
Pihak polis juga tidak mengulas lanjut tentang barangan rampasan yang dibawa keluar oleh rumah bekas perdana menteri itu di Taman Duta di sini petang tadi.
BACA: Setakat 4 petang, rumah Najib masih digeledah - Polis
Pasukan polis masih mengawal ketat di luar pekarangan rumah beliau dari malam tadi.
BACA: Polis rampas beg tangan, pakaian, hadiah dari kediaman Najib
Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan.
Astro AWANI melaporkan, sepasukan polis telah menggeledah rumah beliau sejak jam 10.15 malam Rabu.
BACA: TERKINI! Polis sahkan geledah kediaman Najib
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan satu kenyataan rasmi pihak polis akan dikeluarkan sejurus selepas siasatan selesai.
#Astro Awani #kediaman #keselamatan #Malaysia #menteri #Najib Razak #Perdana Menteri #polis #Polis Diraja Malaysia