awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat arahan mini tangani penerokaan haram di Cameron Highlands

Bernama
Bernama
06/08/2014
00:00 MYT
Pusat arahan mini tangani penerokaan haram di Cameron Highlands
PALANIVEL: Arahan itu antara lain akan mengatur strategi dan mengumpul maklumat mengenai masalah penerokaan tanah secara haram di kawasan berkenaan.
Sebuah pusat arahan mini akan diwujudkan awal bulan depan bagi menangani aktiviti penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands dan kawasan sekitarnya.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata pusat arahan itu antara lain akan mengatur strategi dan mengumpul maklumat mengenai masalah penerokaan tanah secara haram di kawasan berkenaan.
Pusat itu akan dikendalikan wakil daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perhutanan dan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
"Apa-apa maklumat daripada pusat arahan mini itu akan dilaporkan kepada kementerian setiap minggu selepas mesyuarat pasca Kabinet," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sebuah kawasan penerokaan haram di Gunung Yong Balar, Lojing dekat sini, pada Selasa.
Gunung Yong Belar, yang terletak kira-kira lapan kilometer berhampiran Kampung Raja, Cameron Highlands hanya boleh menggunakan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan darat.
"Isu penerokaan haram menjadi isu yang sangat serius di situ, ia mesti dihentikan dengan serta merta dan tindakan perlu diambil dengan berhati-hati," katanya.
Palanivel berkata aktiviti penerokaan tanah secara haram perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh bagi melindungi kawasan tanah tinggi itu yang memberi kesan buruk kepada alam sekitar.
Beliau berkata lesen menduduki sementara (TOL) akan diberikan kepada pengusaha-pengusaha ladang pertanian yang dibuka secara haram bagi mengekang kegiatan aktiviti berkenaan.
"Kita tidak boleh halau mereka, kita perlu kekalkan kawasan yang diterokai yang dijadikan ladang pertanian. Jadi, kita berikan TOL kepada mereka," katanya.
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#Palanivel
#penerokaan tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan