awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat hiburan dibaling bom petrol

Sinar Harian
Sinar Harian
09/05/2024
21:15 MYT
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman CCTV memaparkan beberapa individu membaling objek dipercayai bom petrol ke arah sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng pada Khamis. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Suasana gempar di hadapan sebuah pusat hiburan dekat Jalan Yap Kwan Seng di sini selepas sekumpulan individu bertindak membaling bom petrol dalam kejadian awal pagi Khamis.
Video kejadian pertama yang tular berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Individu terlibat kemudiannya dilihat membaling objek dipercayai bom petrol ke arah premis terbabit sebelum beredar.
Video kedua tular memaparkan beberapa individu bertindak membantu memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nazron Abd Yusof berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.
"Siasatan berhubung kejadian dijalankan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bom petrol
#pusat hiburan
#video tular
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan