awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat jagaan warga emas di Kluang diletak di bawah PKP secara pentadbiran

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
21/07/2020
07:48 MYT
Pusat jagaan warga emas di Kluang diletak di bawah PKP secara pentadbiran
Ismail Sabri berkata, tindakan itu diambil selepas terdapat kes positif COVID-19 di pusat jagaan berkenaan. - Foto BERNAMA
Kluster baharu yang dikesan membabitkan sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan secara pentadbiran.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu diambil selepas terdapat kes positif COVID-19 di pusat jagaan berkenaan.
"Mereka memang berada di dalam pusat jagaan itu. Seperti yang kita laksanakan sebelum ini kita mengadakan PKP secara pentadbiran dan kita tidak isytiharkan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan).
"Semua penghuni pusat jagaan berkenaan termasuk pekerja diperintah menjalani ujian saringan Covid-19 dan semua pekerja yang keluar masuk kita benarkan tapi mereka juga perlu menjalani ujian saringan," katanya dalam sidang media harian hari ini.
Pada Isnin, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kluster baharu dikesan di sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, individu atau pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak akan dibenarkan melawat sepanjang tempoh kuarantin selama 14 hari.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama kluster itu membabitkan kes kematian COVID-19 iaitu kes ke-8,770 yang mana ujian saringan didapati positif wabak itu.
Sehingga 20 Julai, seramai 39 orang telah disaring terdiri daripada 14 kes positif COVID-19 manakala 18 adalah negatif dan tujuh masih menunggu keputusan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#kes positif
#kesihatan
#KKM
#Kluang
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#menteri
#NGO
#Noor Hisham Abdullah
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#PKPD
#ujian saringan
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan