Lima hari lepas mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Temai selepas rumah dilanda banjir, hari ini mereka dipindahkan lagi apabila "rumah sementara" itu pula dinaiki air.
Sebanyak 112 mangsa dipusat pemindahan itu terpaksa dibawa keluar oleh pihak berkuasa menaiki bot bermula 9 pagi tadi selepas limpahan air Sungai Pahang menyebabkan pusat pemindahan sementara berkenaan dinaiki air setinggi tiga meter.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata mangsa yang merangkumi 27 keluarga itu dipindahkan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Paloh Hinai setelah jawatankuasa bencana mendapati paras air semakin meningkat.
"Sekolah ini memang dinaiki air semasa mangsa banjir dipindahkan lima hari lepas, namun ini sahaja bangunan paling tinggi di Kampung Temai menyebabkan mangsa banjir ditempatkan di tingkat satu bangunan sekolah itu.
"Bagaimanapun hari ini paras air semakin meningkat selain arus semakin kuat disebabkan air turun dari hulu Sungai Pahang yang dikhuatiri boleh membahayakan penghuni menyebabkan mereka perlu dipindahkan," katanya kepada Bernama selepas operasi menyelamat berkenaan dilakukan hari ini.
Wan Samsul Effendi berkata proses memindahkan mangsa banjir itu mengambil masa kira-kira dua jam dengan kerjasama bomba, polis, tentera dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Sementara itu seorang mangsa, Mariani Musa, 50, berkata kejadian pusat pemindahan banjir ditenggelami air bukan perkara baharu bagi penduduk kampung berkenaan.
"Di kawasan lain pusat pemindahan terletak di kawasan tinggi dan tidak banjir, namun bagi kami, walaupun SK Temai ini sendiri banjir, inilah antara pusat pemindahan kami saban tahun setiap kali bencana itu melanda," katanya.
Dia yang berpindah di situ sejak lima hari lalu bersama suami Ahmad Amid, 60 dan lapan lagi anggota keluarga, berkata walaupun 'terkepung' air, perkara itu tidak menimbulkan masalah bagi mereka.
"Walaupun tidak boleh ke mana-mana, ia bukan masalah sebab pusat pemindahan ini agak selesa, barang keperluan juga mencukupi," katanya.
Bagi Hasliza Amanah, 43, pula kejadian sama pernah berlaku pada 2014 semasa kawasan itu dilanda banjir besar.
"Tiga tahun lepas keadaan sama pernah berlaku dan ketika itu saya berada di pusat pemindahan banjir selama sebulan iaitu dua minggu di SK Temai dan dua minggu lagi di IKBN Paloh Hinai.
"Namun saya berharap tahun ini banjir akan lebih cepat surut dan keadaan akan pulih seperti sedia kala, "katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2017
Lima hari lepas mereka ditempatkan di SK Temai, hari ini mereka dipindahkan lagi apabila "rumah sementara" itu pula dinaiki air. - fotoBERNAMA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Pusat pemindahan dinaiki air tiga meter, mangsa dipindahkan
Lima hari lepas mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Temai selepas rumah dilanda banjir, hari ini mereka dipindahkan lagi apabila "rumah sementara" itu pula dinaiki air.