awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat penamaan calon PRK Mahkota ditutup

Bernama
Bernama
14/09/2024
02:30 MYT
Pusat penamaan calon PRK Mahkota ditutup
Para penyokong BN hadir membawa bendera parti bagi menyatakan sokongan kepada calon BN bagi PRK Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah. - Foto BERNAMA
KLUANG: Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ditutup 10 pagi ini selepas sejam dibuka bermula 9 pagi tadi.
Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Azurawati Wahid di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini.
Terdahulu, penyokong calon yang berhasrat bertanding pada PRK itu mula berkumpul di sekitar dewan seawal 6.45 pagi walaupun pusat penamaan calon dibuka bermula 9 pagi.
PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini pada 2 Ogos lepas.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Sharifah Azizah yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 5,166 undi pada pertembungan empat penjuru dengan calon Pakatan Harapan Muhammad Taqiuddin Cheman Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya itu pada 28 Sept manakala pengundian awal pada 24 Sept ini.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon bertanding hari ini, hingga 11.59 malam 27 Sept ini.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Mahkota di sini
Topic Berkaitan
#PRK Mahkota
#pusat penamaan calon
#Azurawati Wahid
#Dewan Tunku Ibrahim Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan