PUTRAJAYA:Pusat penilaian COVID-19 dijangka memulakan operasi minggu depan untuk menyelaras serta mengintegrasi hospital awam dan swasta dalam menguruskan kes pandemik berbahaya itu di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada Sabtu depan, pihaknya akan mengadakan perbincangan ketiga dengan hospital swasta untuk meneliti butiran dan pelaksanaan teknikal bagi pusat itu.
"Kami akan membincangkan semua isu yang ada dan cuba menyelesaikannya selain menyelaras proses kerja dalam rundingan meja bulat antara sektor awam dan swasta.
"Jadi kami berharap apabila kami menubuhkan pusat penilaian COVID-19 itu, sesetengah kumpulan pesakit boleh diuruskan oleh sektor swasta," katanya pada sidang akhbar perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata sejak gelombang kedua COVID-19 melanda negara ini, sektor swasta sudah menghulurkan bantuan kepada kerajaan termasuk menggerakkan pakar dan kakitangan mereka untuk bertugas di Hospital Sungai Buloh.
Dr Noor Hisham berkata penyelarasan yang bakal dilakukan bukan hanya dari segi pengurusan pesakit COVID-19 malah mereka turut melihat kepada pusat haemodialisis kerana kebanyakan kes haemodialisis bergantung kepada sektor kesihatan swasta.
"Sebagai contoh di Tawau, Sabah, kakitangan swasta di sebuah pusat haemodialisis telah dijangkiti dan dikuarantin namun perkhidmatan perlu diteruskan kerana jika tidak, pesakit tidak mempunyai akses kepada haemodialisis.
"Justeru, kami daripada sektor awam telah menghantar kakitangan kami untuk mengendalikan perkhidmatan di sana," katanya.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka meningkatkan kapasiti makmal COVID-19 yang menjalankan ujian Tindak Balas Rantai Polimerase (RT-PCR) antara 100,000 hingga 150,000 setiap hari.
"Setakat ini, kita mempunyai 68 makmal yang menjalankan 70,000 ujian RT-PCR setiap hari dan keupayaan makmal ini akan dipertingkat. Kita juga akan tambah saringan COVID-19 dengan menggunakan Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag)," katanya.
Dr Noor Hisham juga berkata kerjasama daripada Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), universiti swasta serta makmal swasta diperlukan bagi meningkatkan kapasiti makmal.
"Kami menggalakkan pihak swasta untuk tampil dan membantu meningkatkan kapasiti makmal... kita perlu memaksimumkan penggunaannya," kata beliau.
Mengulas peningkatan kes dan kluster yang mempunyai kaitan dengan pengebumian, Dr Noor Hisham berkata KKM mengesyorkan agar majlis itu tidak dihadiri lebih 20 orang bagi mengelak potensi dijangkiti.
"Sememangnya kami faham bahawa majlis pengebumian mempunyai kaitan dengan kesensitivitian budaya malah agama yang juga merupakan satu situasi penuh emosi namun kami berharap mereka yang terlibat akan mematuhi SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan dan mendapatkan permit polis terlebih dahulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 21 2021

Dr Noor Hisham juga berkata kerjasama daripada Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), universiti swasta serta makmal swasta diperlukan bagi meningkatkan kapasiti makmal.

Vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama tiba di Kuching
Sarawak hari ini menerima vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama sekitar jam 5.20 petang sebentar tadi.

Selangor kekal negeri tertinggi kes harian jadi tumpuan kenyataan KKM
Negeri Selangor rekod 640 kes diikuti Johor (376) dan Sarawak (139).

KKR anggar lebih RM200 juta untuk perbaiki jalan raya terjejas akibat banjir
Menteri Kanan Fadillah Yusof berkata, jumlah itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan di bawah dana bencana.

COVID-19: 1,745 jangkitan baharu, tujuh kematian
Malaysia merekodkan 1,745 jangkitan baharu akibat COVID dalam tempoh 24 jam menjadikan angka keseluruhan kini sebanyak 330,850 kes.

IAMM: ASEAN teliti usaha pemulihan COVID-19
Menteri Ekonomi ASEAN telah berikrar untuk bekerja secara intensif dalam meneroka semua cara bagi mengukuhkan dan meluaskan integrasi serantau.

PBT, badan berkanun boleh keluarkan kompaun mulai 11 Mac ini
Kuasa tersebut diberikan di bawah Seksyen 25 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, yang berkuat-kuasa 11 Mac ini.

UMNO hantar surat tamat kerjasama dengan Bersatu, PN - Laporan
Sumber yang memaklumkan perkara tersebut kepada portal itu menjelaskan, sehingga kini belum ada maklum balas berhubung surat berkenaan.

305 lagi ditahan ingkar SOP - Ismail Sabri
Daripada 305 yang ditahan, 296 dikenakan kompaun, lapan direman dan seorang dijamin.

Dolly Parton terima suntikan vaksin yang dibiayainya
Parton menyumbangkan AS$1 juta untuk penyelidikan COVID-19, yang sebahagiannya digunakan untuk membiayai vaksin Moderna.

Menteri Besar Kelantan dimasukkan ke hospital
Datuk Ahmad Yakob dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia, HUSM Kubang Kerian malam tadi.

COVID-19: 11 CAC beroperasi di Perak sejak 25 Jan - KP Kesihatan
Sebanyak 11 Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) telah beroperasi secara berperingkat di semua daerah seluruh Perak mulai 25 Jan lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

COVID-19: 60,052 pesakit dirawat di CAC - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, pada masa ini, CAC sedang memantau seramai 20,089 pesakit sedang menjalani pengasingan di rumah.

KKM rekod peningkatan jumlah kumulatif ujian saringan COVID-19 - Dr Adham
Jelas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, peningkatan ini dilihat dari ujian RT-PCR yang dicatat bermula tahun ini.

Lebih 6 juta ujian saringan RT-PCR, RTK Antigen dilaksanakan - Dr Adham
Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,332,554 merupakan ujian saringan RT-PCR yang dijalankan pada 2020.

Stadium Malawati dijadikan CAC mulai esok
CAC itu akan menggantikan CAC Dewan MPSJ di SS15 berikutan kapasitinya yang boleh menampung lebih ramai pesakit COVID-19.

KKM tubuh 213 Pusat Penilaian COVID-19 - Dr Adham
CAC akan mengklasifikasi tahap pesakit COVID-19 untuk menentukan pengurusan pesakit yang seterusnya, termasuk kelulusan rawatan di rumah.

Pusat Penilaian COVID-19 selaras hospital awam, swasta dijangka mula operasi minggu depan
Pusat penilaian COVID-19 dijangka memulakan operasi minggu depan untuk menyelaras serta mengintegrasi hospital awam dan swasta dalam menguruskan kes pandemik berbahaya itu di negara ini.

Melaka tubuh enam CAC di klinik kesihatan
Kerajaan Melaka menubuhkan enam Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di klinik kesihatan seluruh negeri bagi membantu pesakit mendapatkan nasihat dan penilaian awal sebelum dimasukkan ke hospital.