KUALA LUMPUR: Qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi muncul juara bagi kategori lelaki pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 dengan catatan markah 94.96 peratus.
Tempat kedua pula dimenangi Alireza Bizhaniavval dari Iran yang memperoleh 93.30 peratus manakala Awang Mohd Zul-Hafiz Awang Tengah dari Brunei Darussalam di tempat ketiga dengan 90.38 peratus.
Bagi kategori qariah, peserta Maghribi Sara Belmamoun muncul johan dengan markah 93.05 peratus, tempat kedua Raudhah Supian Noor dari Indonesia dengan 92.21 peratus manakala peserta Filipina Sabaha Pato Salik di tempat ketiga dengan 91.50 peratus.
Bagi kategori hafazan lelaki, Omar Toure dari Guinea muncul johan dengan markah 98.63 peratus diikuti Maamon Ahmed Raweh Mohammed dari Yaman dengan 97.38 peratus dan tempat ketiga Ali Attia dari Chad (97.07 peratus).
Peserta Algeria Tebani Cheyma Enfal pula muncul johan bagi kategori hafazan wanita dengan markah 96.32 peratus, tempat kedua Ndeye Seynabou Ngom dari Senegal (95.25 peratus) dan ketiga Sidi El Moctar Khadijetou dari Mauritania (94.19).
Muhammad Qayyim, yang juga orang kurang upaya penglihatan sejak lahir berkata, beliau bersyukur kerana usahanya selama 16 tahun mendalami dan mempelajari skil bacaan al-Quran menggunakan naskhah Braille membuahkan hasil pada MTHQA kali ini.
"Perasaan saya gembira ada, sebak ada... bagi saya, kita kena ada minat dalam bidang tarannum, saya sarankan untuk kita semua belajar tarannum sebab ia boleh buat kita rasa seronok dan kita boleh bawa bacaan dalam solat," katanya kepada pemberita.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada ayah serta keluarga yang sentiasa memberikannya sokongan dan galakan dalam bidang itu.
"Pada sesiapa yang ada masalah penglihatan, kita ni kena juga belajar baca al-Quran kerana dengan al-Quran ni, cerah masa depan kita," katanya.
Anak kelahiran Kelantan itu sebelum ini menjuarai Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1444H/2023M.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis itu yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
Sultan Nazrin Shah berkenan mengurniakan hadiah kepada Muhammad Qayyim Nizar Sarimi pada Majlis Perasmian Penutupan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 malam tadi. - Gambar BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MCMC rakam keterangan pemilik akaun muat naik mesej fitnah berkaitan Tilawah Al-Quran
MCMC telah mengenal pasti individu yang terlibat dan tindakan pengesanan terhadap mereka sedang giat dijalankan.
Normal baharu: Ujian Tilawah Al-Quran secara dalam talian
Kerajaan negeri mengharapkan lebih banyak penyertaan dalam kalangan anak muda sempena bulan Ramadan yang mulia ini.
Kerajaan komited terap nilai al-Quran dalam pentadbiran negara - Mujahid
Mujahid berkata masyarakat yang bertamadun juga akan saling menyantuni antara satu sama lain.