Qari dan qariah Malaysia, Abdul Khair Jalil dan Nor Farhatul Fairuzah Panut masing-masing diumumkan johan kategori Tilawah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-61, malam ini.
Pada majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu, Abdul Khair memperoleh markah 93.02 peratus manakala Nor Farhatul Fairuzah meraih 87.05 peratus.
Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah jongkong emas bernilai RM70,000, wang tunai RM40,000 dan piala iringan disampaikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang berkenan berangkat ke majlis itu.
Sementara itu, Yassine Bekouassa dari Algeria muncul naib johan qari dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 manakala tempat ketiga dimenangi qari Maghribi, Ilyas Lamhayahoui yang menerima wang tunai RM20,000.
Wardatun Nisa Hasa dari Indonesia pula muncul naib johan qariah dan tempat ketiga dimenangi qariah Thailand, Karimah Hayibaraheng, dengan masing-masing turut membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan RM20,000.
Bagi kategori Hafazan Al-Quran Lelaki, Mohamed Abdi dari Sweden muncul juara setelah memperoleh markah 96.05 peratus manakala Mohammad Maruf Hossain dari Kanada di tempat kedua dengan 94.26 peratus dan Heytham Sagar Ahmad (Kenya) di tempat ketiga apabila meraih 94.11 peratus.
Kategori Menghafaz Al-Quran Wanita pula dimenangi Fatouma Ousseni Moussa dari Niger yang mendapat markah 92.96 peratus, di tempat kedua Hadeel K.A Madfaa (Palestin) 92.83 peratus dan Hasiya Usman Jibrilla Mohammed (Nigeria) di tempat ketiga setelah memperoleh 88.58 peratus.
Juara setiap kategori Hafazan Al-Quran turut menerima jongkong emas bernilai RM70,000, wang tunai RM25,000 dan piala iringan, manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000 dan RM15,000.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Hadir sama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
MTHQA61 yang bertemakan 'Menyantuni Umat Membawa Rahmat', berlangsung selama enam hari bermula 15 April lepas, dengan jumlah penyertaan seramai 99 peserta dari 68 negara.
Sementara itu, Abdul Khair yang juga pensyarah dalam bidang Al-Quran di sebuah universti tempatan mengakui berhadapan cabaran besar, kerana mahu mengekalkan kejuaraan Malaysia yang menjadi johan kategori sama tahun lepas.
"Tidak dinafikan, memang satu cabaran besar (kekalkan kejuaraan negara) namun dengan persiapan rapi, latihan dan berkat doa, hari ini kejayaan milik saya," katanya kepada pemberita.
Katanya, dia berhasrat menggunakan hadiah wang tunai yang dimenanginya itu untuk membawa keluarga menunaikan haji.
Bagi Nor Farhatul Fairuzah, pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Seremban, beliau amat teruja kerana berjaya menjadi juara, biarpun baru pertama kali bertanding di peringkat antarabangsa.
"Saya akan gunakan hadiah ini untuk membalas jasa kedua ibu bapa dan gunakan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti," katanya yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang syariah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2019

Abdul Khair dan Nor Farhatul menunjukkan trofi yang dimenangi pada Majlis Perasmian Penutupan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61 Tahun 1440 Hijrah/ 2019 Masihi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 20 April, 2019. --fotoBERNAMA

COVID-19 | 'Libat urus semua pihak cari penyelesaian'
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) meminta agar kerajaan duduk semeja dengan semua pihak terutama di peringkat akar umbi bagi memastikan satu gerak kerja dan perancangan yang lebih tersusun dalam menangani isu jangkitan COVID-19 di sekolah. Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock berkata, NUTP yang mewakili lebih 200,000 guru, tidak pernah dijemput untuk memberi buah fikiran kepada Kementerian Pendidikan untuk mengatasi masalah tersebut secara kolektif.

Vaksin COVID-19 | Sarawak mohon laksana sistem vaksinasi sendiri
Sarawak telah menyampaikan hasrat kepada kerajaan pusat untuk melaksanakan sistem vaksinasi sendiri. Tindakan ini diambil susulan isu yang berlaku pada hari pertama vaksinasi fasa 2 di Sibu.

Vaksin COVID-19 | Khairy beri kelulusan Sarawak beli CanSino - Uggah
Permohonan Sarawak untuk membeli vaksin CanSino untuk kegunaan di kawasan luar bandar telah mendapat kelulusan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Wabak ASF | Nabawan daerah ke-10 dilanda Demam Babi Afrika
Nabawan merupakan daerah terbaru yang dilaporkan terkesan dengan wabak virus Demam Babi Afrika ASF di Sabah. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, ia sekaligus menjadikan daerah yang terlibat adalah sepuluh daerah setakat ini.

PDRM tahan 22 anggota kongsi gelap Geng 18 Dato' Suresh, Geng 21 Sunder
Kesemua suspek yang ditangkap terdiri daripada 12 orang dari Geng 18 Dato'Suresh manakala 10 lagi dari Geng 21 Sunder.
![[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan - 23 April 2021 [SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan - 23 April 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1901225/32574879421619173019353_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan - 23 April 2021
Ikuti sidang media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung penguatkuasaan pematuhan SOP bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Pelaksanaan PKP, PKPB atau PKPP masih dilaksana secara tertumpu
Pelaksanaan sebarang perintah sama ada PKP, PKPB atau PKPP masih mengikut lokaliti dan tertumpu

Keputusan tutup sekolah adalah dibawah Kementerian Pendidikan
Keputusan tutup sekolah adalah dibawah Kementerian Pendidikan dengan nasihat Kementerian Kesihatan dan diharap Kerajaan Negeri tidak mengambil keputusan sendiri berkenaan penutupan sekolah

COVID-19: 8 kluster baharu dikenal pasti, 5 libatkan kluster pendidikan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lapan lagi kluster baharu di lima negeri dan Kuala Lumpur.

SOP sambutan Aidilfitri diumum minggu depan - Ismail Sabri
Mereka sedang dalam proses memperhalusi cadangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

COVID-19: PKPD di 2 lokaliti di Johor, Kelantan bermula esok - Ismail Sabri
Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan PKPD di SMKA Johor Bahru, Johor dan Maahad Tahfiz Al-Quran, Al-Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan bermula 23 April sehingga 6 Mei 2021.

World #QuranHour jangka peroleh 100 juta tontonan
World #QuranHour dijangka memperolehi 100 juta tontonan di televisyen dan platform digital tahun ini.

PKPD di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Machang mulai esok
Ismail Sabri Yaakub menjelaskan keputusan melaksanakan PKPD di MTAQ, Pulai Chondong dibuat setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.

Talaqi secara maya bantu pensyarah dan guru al-Quran juarai Tilawah al-Quran
Mohamad Anas berkata sekatan perjalanan akibat wabak COVID-19 tidak menghalang beliau untuk terus bertalaqi membetulkan bacaan al-Quran secara maya.

Solat tarawih dibenarkan di Kelantan - MAIK
Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz memaklumkan perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke majlis penutup Tilawah al-Quran Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis penutupan serta penyampaian hadiah Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat negeri di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru.

Jemaah berumur 70 tahun ke atas dibenarkan solat fardu, Jumaat di masjid - MAIK
Pelaksanaan solat Jumaat dan Fardu di Kelantan juga dibenarkan dengan bilangan jemaah 50 peratus daripada kapasiti dan keluasan masjid.

Pahang beri kelonggaran aktiviti keagamaan di masjid, surau
Kerajaan negeri Pahang hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran berhubung aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk kebenaran penganjuran kuliah dan majlis ilmu.

Pelajar pusat tahfiz lari dari asrama kerana tak hafaz al-Quran
Pemeriksaan pada kamera rakaman litar tertutup (CCTV) pusat tahfiz itu mendapati, mereka dipercayai keluar dari asrama pada jam 4.30 pagi.

Laman Ngaji Chow Kit tarik gelandangan dekati al-Quran
Mereka juga seperti insan lain mahu menjalani kehidupan yang normal, keluarga yang sempurna dan kesempatan mendalami agama sebagai bekalan di negara abadi nanti.