Anwar lawat mangsa kebakaran Kg. Petagas, gesa bantuan segera

Menurut Anwar, kerajaan kekal komited memastikan kebajikan rakyat Sabah terus terpelihara. - Facebook/Anwar Ibrahim
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi penduduk Kampung Petagas yang terjejas akibat kebakaran pada Jumaat, dan mengarahkan bantuan segera disalurkan kepada mangsa.
Dalam kesempatan yang sama, beliau turut meluangkan masa melawat penduduk di Kampung Duvanson, Putatan bagi menilai sendiri keadaan penduduk dan memastikan bantuan sewajarnya diberikan.
Menurut Anwar, kerajaan kekal komited memastikan kebajikan rakyat Sabah terus terpelihara, malah komitmen itu dizahirkan melalui peningkatan peruntukan pembangunan untuk negeri berkenaan di bawah Belanjawan 2026.
"Kerajaan akan terus memastikan kebajikan rakyat di Sabah terpelihara, malah ini dibuktikan melalui peruntukan pembangunan untuk Sabah di bawah Belanjawan 2026, meningkat kepada hampir RM17 bilion, tertinggi berbanding negeri lain," katanya dalam hantaran di Facebook.
Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada tengah hari Sabtu untuk lawatan dua hari ke Sabah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


