DOHA/RIYADH: Qatar dan Arab Saudi menyambut baik keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Jumaat mengenai kes pembunuhan beramai-ramai (genosid) yang dibawa Afrika Selatan terhadap Israel, yang mengarahkan Israel mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.
Dalam kenyataan, Kementerian Luar Qatar menyifatkan keputusan mahkamah PBB itu sebagai kemenangan ke atas "kemanusiaan, kedaulatan undang-undang dan keadilan antarabangsa," sambil menambah ia "berperanan sebagai pengakuan yang jelas tentang ancaman besar pembunuhan beramai-ramai yang melanda penduduk Palestin di Gaza."
Ia juga mengulangi sokongan padu Qatar untuk keadilan perjuangan Palestin dan hak sah rakyat Palestin, termasuk "penubuhan negara merdeka mereka berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya."
Sementara itu, Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan mengesahkan penolakan pendudukan haram Israel di wilayah Palestin dan pelanggaran Konvensyen PBB mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.
Ia menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengambil langkah untuk mencapai gencatan senjata di Gaza, melindungi orang awam Palestin, dan mendesak Israel bertanggungjawab ke atas pencabulan undang-undang antarabangsa.
Dalam pada itu, Malaysia juga menyambut baik keputusan ICJ dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel di bawah Konvensyen Genosid 1948 mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.
Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata pendirian Malaysia supaya Israel bertanggungjawab atas kekejaman, jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, disokong berikutan keputusan penting ICJ pada Jumaat.
Juga pada Jumaat, Perdana Menteri Palestin Mohammed Shtayyeh turut menyuarakan harapan agar keputusan muktamad ICJ terhadap Israel itu meliputi gencatan senjata serta-merta, memandangkan penderitaan teruk yang dihadapi penduduk Gaza.
Shtayyeh juga menggesa tekanan dibuat ke atas Israel supaya menghentikan tindakan pencerobohannya dan memudahkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.
ICJ di The Hague yang memutuskan permohonan Afrika Selatan ke atas kes pembunuhan beramai-ramai Israel, mengarahkan Israel supaya mengambil semua langkah yang mungkin untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza dan menuntut Israel melaporkan langkah-langkah yang diambil berkenaan perintah itu dalam tempoh sebulan.
Mahkamah, bagaimanapun, tidak mengarahkan Israel menangguhkan operasi ketenteraannya di Gaza, salah satu permintaan utama yang dikemukakan oleh Afrika Selatan, sambil turut meminta Hamas membebaskan semua tebusan Israel.
Afrika Selatan memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Israel kepada ICJ pada 29 Dis 2023, menuduh Israel melanggar Konvensyen PBB mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid yang berkaitan dengan penduduk Palestin di Gaza.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Kementerian Luar Qatar menyifatkan keputusan mahkamah PBB itu sebagai kemenangan ke atas "kemanusiaan, kedaulatan undang-undang dan keadilan antarabangsa. - Gambar fail/ AP
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
SPRM sahkan tahan MB Perlis
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli disahkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
Prosiding ICJ: Israel laksana pembersihan etnik, dasar aparteid - Menteri Luar Palestin
Riyad menegaskan, tindakan Israel merupakan pembersihan etnik, pembunuhan beramai-ramai serta pelaksanaan dasar apartheid ke atas rakyat Palestin, yang mana ia tidak boleh dibenarkan sama sekali.
Anwar ulangi ikrar untuk membela nasib rakyat Palestin
Anwar ulangi ikrar untuk membela nasib rakyat Palestin
Malaysia sambut baik keputusan ICJ dalam kes genosid Israel
Malaysia menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel di bawah Konvensyen Genosid 1948.
Prosiding ICJ terhadap Israel: Dunia terhutang budi dengan Afrika Selatan - Palestin
Kementerian Luar Palestin pada Jumaat memaklumkan bahawa sistem antarabangsa "terhutang budi dengan Afrika Selatan".
Mahkamah benar permohonan PM, kerajaan batal saman berkaitan Pulau Batu Puteh
Perkara itu tidak mempunyai justifikasi dan Mohd Hatta Sanuri (plantif) tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan undang-undang.