Ini adalah antara tweet terakhir pramugara pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang, Oscar Desano, yang memuat naik kata-kata itu untuk disertakan dengan gambar sambutan hari kelahiran isterinya di laman Path.
"Kami telah terkejutkan kamu!!! Selamat hari jadi ke-25 isteri saya yang cantik. Saya harap kamu akan menjadi seorang ibu yang hebat, contoh yang baik, dan contoh yang baik untuk anak-anak kita. Saya cintakan kamu begitu banyak, saya menyukai kamu begitu banyak, kamu adalah semua yang saya ada , sentiasa jadi isteri saya, sentiasa menjadi rakan saya, sentiasa menjadi musuh terbesar saya, saya cintakan kamu sekarang dan dulu, hanya kematian yang akan memisahkan kita...berseronoklah pada hari ini isteriku.."
(We did surprise you!!! Happy 25th birthday my beautiful wife. I hope you'll be a great mother, a great example, and a great role model to our children. I love you so much, I adore you so much, you're my everything, always be my wife, always be my friend, always be my biggest enemy, I love you now and then, till only the death do us apart...Enjoy this day my half..)
Ini adalah kata-kata sayang yang diposkan beliau di laman twitter dan laman Path-nya.
Gambar sambutan kelahiran yang dimuatnaikkan Oscar di laman Path
Oscar telah turut mengeposkan banyak gambar bersama isterinya melalui laman Path sebelum ini.
Semasa tragedi MH17, di mana pesawat Malaysia Airlines (MAS) dilaporkan ditembak jatuh, Oscar telah menulis tweet yang menyedihkan apabila beliau berkata beliau bersimpati dengan kehilangan pesawat itu dan berharap semuanya baik dengan MAS.
Hari ini sudah masuk hari ketiga pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 itu hilang semasa perjalanannya ke Singapura dan operasi pencarian masih diteruskan.