awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Intel sahkan grafik Xe3P akan diperkenal melalui siri CPU Nova Lake
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

QZ8501: Malaysia hantar tiga kapal, satu pesawat dalam operasi SAR

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2014
09:10 MYT
QZ8501: Malaysia hantar tiga kapal, satu pesawat dalam operasi SAR
Tiong Lai berkata, Malaysia komited membantu Indonesia dalam misi SAR pesawat AirAsia QZ8501. - Gambar fail
Malaysia sudah menghantar tiga buah kapal dan sebuah pesawat bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) ke perairan berdekatan Pulau Belitung, Indonesia dalam usaha mencari pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan telah hilang dari radar dalam penerbangannya dari Surabaya ke Singapura.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam sebuah sidang media di ibu negara petang tadi.
“Sebuah pusat koordinasi menyelamat juga akan memulakan operasinya di pusat kawalan lalu lintas udara di Subang,” kata beliau yang turut menafikan dakwaan bahawa pesawat berkenaan telah ditemui.
Tambah Tiong Lai, Indonesia akan mengetuai operasi SAR bagi QZ8501 manakala Malaysia dan Singapura akan turut membantu.
“Ingatan dan doa Malaysia adalah bersama kesemua penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan dan juga ahli keluarga mereka. Malaysia komited untuk memberi bantuan yang sewajarnya dalam pencarian ini,” ujar beliau.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Belitung
#Indonesia
#Liow Tiong Lai
#Malaysia
#Menteri Pengangkutan
#QZ8501
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan