awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

QZ8501: Pasukan forensik PDRM mula tugas bantu kenal pasti mayat hari ini

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2015
01:27 MYT
QZ8501: Pasukan forensik PDRM mula tugas bantu kenal pasti mayat hari ini
Pasukan forensik PDRM mulakan tugas di Hospital Bhayangkara, Surabaya hari ini, untuk membantu mengenalpasti mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501
Pasukan forensik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan memulakan tugas di Hospital Bhayangkara, Surabaya hari ini, untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam usaha mengenal pasti mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.
Pasukan terdiri daripada lapan orang itu, akan diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Forensik, SAC T. Narenasegaran.
Beliau berkata pasukan itu pernah mengendalikan pengecaman mangsa bencana sebelum ini.
“Mereka di dalam pasukan yang ada hari ini pernah terlibat sejak 10 tahun lalu pada tsunami di Acheh, ACP Husin salah seorang terlibat ada bersama, serangan di Lahad Datu dan terbaru insiden MH17,” katanya.
Sebelum itu, beliau bersama pasukan itu diberikan taklimat ringkas dan melawat bilik forensik di Hospital Bhayangkara pada Selasa petang untuk melihat lebih dekat proses pengecaman dijalankan.
PDRM dijemput pasukan Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) bagi membantu mereka menjalankan proses pengecaman dan bedah siasat mangsa nahas tersebut.
Topic Berkaitan
#DVI
#PDRM
#QZ8501
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan