awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Radzi buat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook

Bernama
Bernama
06/10/2021
05:00 MYT
Radzi buat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook
Radzi memaklumkan setelah semakan dibuat, gambar yang ditularkan pemilik akaun bernama Yuseri Yusoff itu didapati palsu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook, yang mendakwa beliau tidak mengamalkan penjarakan fizikal dalam satu sidang media baru-baru ini.
Menurut Radzi menerusi akaun Facebooknya beliau dimaklumkan mengenai satu hantaran Facebook yang tular bersama sekeping gambar yang menunjukkan seolah-olah tiada penjarakan fizikal.
Radzi memaklumkan setelah semakan dibuat, gambar yang ditularkan pemilik akaun bernama Yuseri Yusoff itu didapati palsu.
"Seingat saya, selain Ahli Parlimen Dungun, YB (Yang Berhormat) Tuan Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Exco Pendidikan Terengganu YB Ustaz Hj Satiful Bahari Mamat, tiada sesiapa berada di sebelah ketika sidang media di SM (Sekolah Menengah) Sains Dungun pada 3 Oktober 2021.
"Setelah disemak, gambar tersebut sebenarnya adalah gambar palsu. Tindakan berniat jahat pemilik akaun tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab. Laporan polis telah pun dibuat," katanya dalam hantaran itu hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Radzi Jidin
#laporan polis
#berita palsu
#Yuseri Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan