awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Radzi Jidin nafi ada kaitan projek percetakan RM80 juta disiasat SPRM

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
23/09/2023
11:40 MYT
Radzi Jidin nafi ada kaitan projek percetakan RM80 juta disiasat SPRM
Radzi menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang mengulangi atau menerbitkan semula tuduhan jahat yang tidak berasas itu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin hari ini menafikan beliau telah meluluskan projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah dengan rasuah melibatkan lebih RM80 juta.
Menerusi kenyataan media pada Sabtu, Ahli Parlimen Putrajaya itu turut mengesahkan bekas setiausaha politiknya turut ditangkap pada Jumaat berkaitan dakwaan rasuah tersebut.
Menurutnya, tuduhan dalam mesej WhatsApp yang tular baru-baru ini yang turut mengaitkan dirinya dan isteri dengan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah adalah tidak benar.
Tegasnya, beliau dan isteri tidak mempunyai apa-apa kaitan mahupun kepentingan di dalam syarikat yang dinyatakan di dalam mesej yang tular tersebut.
“Mesej WhatsApp karut yang tular ini sedang digunakan semata-mata untuk menjejaskan reputasi dan imej saya dan untuk menindas bekas pegawai saya yang tidak bersalah,” katanya.
Beliau juga menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang mengulangi atau menerbitkan semula tuduhan jahat yang tidak berasas itu.
Topic Berkaitan
#Radzi Jidin
#Rasuah
#J-Qaf
#SPRM
#projek percetakan
#bekas setiausaha politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan