awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PN Perlis hormati keputusan Muhyiddin lepas jawatan
Dr Sahruddin umum letak jawatan Pengerusi PN Johor
Penyerang Sydney tidak terlibat dalam kumpulan pengganas, kata polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafidah Aziz terkejut Goodyear mahu tutup operasi, gesa kerajaan bertindak pantas

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2024
15:45 MYT
Rafidah Aziz terkejut Goodyear mahu tutup operasi, gesa kerajaan bertindak pantas
Rafidah menggesa kerajaan untuk campur tangan dan bertindak pantas menangani isu Goodyear. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan, beliau terkejut dengan berita bahawa syarikat pengeluar tayar global, Goodyear di Shah Alam bakal menutup operasinya pada 30 Jun ini.
Justeru, beliau menggesa kerajaan untuk campur tangan dan bertindak pantas dalam menangani isu tersebut.
"Ini adalah satu kejutan yang tidak dijangka apabila membaca mengenai Goodyear, sebuah entiti lama dalam sektor perindustrian, memutuskan untuk menutup operasinya di Malaysia.
"Ia mesti membuatkan kita bermuhasabah untuk memahami sebabnya. Kerajaan mesti segera bertindak balas terhadap perkembangan sedemikian.
"Di sebalik gembar-gembur mengenai berbilion pelaburan, jangkaan, yang diperkatakan dan dibincangkan, adalah sangat penting bahawa entiti perindustrian dan perniagaan, yang sudah ada di sini, tidak menutup kedai... dan pindah ke negara lain," katanya dalam hantaran di Facebooknya, di sini pada Khamis.
Syarikat pengeluar tayar global, Goodyear membuat keputusan untuk menutup operasi kemudahannya di Shah Alam sekali gus memberi kesan kepada lebih kurang 550 kakitangannya.
Presiden Goodyear bagi Asia Pasifik, Nathaniel Madarang berkata, langkah itu adalah seiring dengan program transformasi kumpulan, Goodyear Forward dalam mengoptimumkan portfolio dan kehadirannya di peringkat global.
Tambah Rafidah, Malaysia tidak seharusnya bergantung kepada memorandum persefahaman (MoU) untuk mengukur tahap pelaburan.
Sebaliknya, kata beliau, kerajaan perlu memastikan entiti perindustrian dan perniagaan yang sudah berada di negara ini tidak menutup operasi atau berpindah ke negara lain.
"Kita perlu memastikan bahawa sebenarnya terdapat perjanjian yang serius, yang memerlukan butiran seperti lokasi projek, struktur tenaga kerja, mengenai produk sama ada ia berorientasikan eksport atau untuk pasaran domestik, jangkaan jualan dan sebarang usaha sama dengan penduduk tempatan.
"Barulah mana-mana perjanjian boleh diterima dan ditandatangani, terutamanya apabila Perdana Menteri atau menteri menjadi saksi," katanya.
Pada masa sama, Rafidah menggesa kerajaan untuk mendapatkan angka terperinci mengenai jumlah syarikat yang menutup operasi atau berpindah setakat ini serta alasan mereka berbuat demikian.
Topic Berkaitan
#pelaburan
#Rafidah Aziz
#tutup operasi
#Goodyear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan