awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafidah saran konsep ketuanan Malaysia ganti ketuanan Melayu

Bernama
Bernama
02/06/2018
21:36 MYT
Rafidah saran konsep ketuanan Malaysia ganti ketuanan Melayu
Menurut Rafidah, golongan muda yang malas dan tidak berdaya saing bererti mereka tidak berbangga menjadi rakyat Malaysia. - Gambar fail
Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berkata sudah tiba masanya konsep ketuanan Melayu digantikan dengan konsep yang lebih terangkum iaitu 'ketuanan Malaysia'.
Katanya, konsep ketuanan Melayu sudah tidak sesuai digunakan dalam masyarakat hari ini dan keutamaan sepatutnya diberikan kepada negara.
Dalam wawancara eksklusif bersama portal berita Malaysiakini, beliau berkata: "Kini, konsep yang lebih sesuai adalah ketuanan Malaysia...negara ini mesti didahulukan.
"Kenapa kita mahu bersaing sesama kita? Kita sepatutnya bersaing dengan yang terhebat di rantau ini, yang terbaik di dunia. Janganlah lagakan antara warisan Melayu dengan warisan Cina. Kita rakyat Malaysia. Kita mahu negara ini menjadi tuan di rantau ini."
Dalam laporan itu, Rafidah seterusnya berkata golongan muda di negara ini perlu memainkan peranan dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.
Menurutnya, golongan muda yang malas dan tidak berdaya saing bererti mereka tidak berbangga menjadi rakyat Malaysia.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menegaskan tidak bergaul dengan bangsa lain merupakan antara sebab ramai tidak dapat menghayati kehidupan pelbagai kaum sebagai rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cina
#ketuanan
#Malaysia
#Melayu
#muda
#Rafidah Aziz
#rakyat Malaysia
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan