Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli atas tuduhan menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji menerusi akaun Facebooknya, tiga tahun lalu.
Majistret Umzarul An-Nur Umar membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Zulkefli memaklumkan Jabatan Peguam Negara menerima representasi yang dikemukakan Mohd Rafizi, 42, pada 24 Jan lalu, untuk menarik balik pertuduhan ke atasnya.
"Pendakwaan menerima arahan untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Mohd Rafizi, mohon tertuduh dilepas dan dibebaskan," katanya pada prosiding hari pertama untuk Mohd Rafizi membela dirinya, hari ini.
Pada 25 Sept 2018, Mohd Rafizi, yang merupakan Naib Presiden PKR, diperintah membela diri atas pertuduhan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Pada 8 April 2016, Mohd Rafizi, mengaku tidak bersalah menyiarkan artikel bertajuk 'Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015' dalam akaun Facebook Rafizi Ramli bertarikh 9 Feb 2016 yang mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji yang boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.
Tiga saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula 22 Ogos 2017.
Mohd Rafizi dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 18, Bangunan Tabung Haji, 201, Jalan Tun Razak di sini, pada 9 pagi, 18 Feb 2016 mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding hari ini Mohd Rafizi diwakili peguam Adi Zulkarnain Zulkafli dan Md Yunos Shariff. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 27 2019
Mohd Rafizi telah dibebaskan atas tuduhan menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji menerusi akaun Facebooknya, tiga tahun lalu. - Astro AWANI/Shahir Omar
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
KL20 2024: Malaysia berusaha tarik masuk ‘unicorn’ - Rafizi
Kemasukan syarikat 'unicorn' ke dalam negara mampu mencipta pekerjaan yang berkemahiran dan bernilai tinggi.
Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
Bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16).
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
Sidang KL20 April ini pacu Malaysia sebagai hab pemula niaga, modal teroka - Rafizi
Rafizi berkata, ini juga sejajar dengan kedudukan Kuala Lumpur ketika ini yang berada dalam kelompok 47 teratas global.
Parlimen: Lebih 2 juta cubaan akses PADU sehari berjaya dipatahkan - Rafizi
Rafizi menegaskan cubaan berkenaan yang dikesan dari luar negara berjaya dipatahkan dan masih gagal ditembusi, setakat ini.
PADU mahu bantu kumpulan pertengahan capai kemajuan ekonomi lebih pantas - Ketua Perangkawan
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diperkenalkan bukan semata-mata tertumpu kepada memastikan subsidi diberikan kepada kumpulan berpendapatan rendah.
Pendaftaran PADU meningkat mendadak kepada 7.7 juta - Rafizi
Pangkalan Data Utama (PADU) menyaksikan peningkatan yang mendadak dalam kadar pendaftaran sepanjang minggu lepas.