awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi tagih simpati dengan tayang foto digari - Khairul Azam

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
19/04/2015
06:53 MYT
Rafizi tagih simpati dengan tayang foto digari - Khairul Azam
KHAIRUL AZAM: Rafizi cari simpati dengan tunjuk gambar digari - Gambar fail
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dilihat sengaja mencari publisiti murahan dengan menayangkan gambarnya yang digari setiap kali direman polis.
Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, pendedahan itu dibuat untuk menyedarkan masyarakat terhadap taktik yang digunakan Rafizi untuk mendapatkan simpati rakyat.
"Semasa saya di lokap, saya tanya sendiri pegawai polis berkenaan, kenapa Rafizi digari dan saya dimaklumkan itu merupakan permintaannya sendiri.
"Seseorang individu digari kerana kemungkinan mendatangkan ancaman, dan Rafizi sengaja minta digari untuk disebarkan gambarnya, jadi maksudnya apa? Tentu kerana mahu perhatian masyarakat," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Khairul Azam tidak digari ketika direman polis kerana ugutan terhadap Khalid pada minggu lepas - Sumber gambar Khairul Azam
Khairul Azam direman sehari pada minggu lepas dan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ugutan jenayah terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Khairul Azam meletakkan catatan itu di laman Facebooknya sekali gus dilihat ugutan jenayah terhadap Khalid.
Dalam pada itu kata Khairul Azam yang juga Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), dia diberi layanan sama seperti pesalah lain dan tidak ada keistimewaan apa-apa walaupun merupakan seorang peguam.
Rafizi sebelum ini ditahan polis di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung perhimpunan #KitaLawan.
Ia merupakan kali kedua Rafizi ditahan di bawah akta berkenaan.
Rafizi telah ditahan berhubung surat pekeliling yang diedarnya mengenai perhimpunan #KitaLawan pada 28 Mac lepas.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR itu, sebelum ini pernah ditahan polis pada 7 Mac selepas membuat laporan isu yang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebelum ini, Khairul Azam dilaporkan menyifatkan Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai sebuah organisasi berspesis batu api yang tidak akan berpuas hati walaupun 1,000 laporan polis dibuat terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Topic Berkaitan
#khairul azam
#kita lawan
#peguam
#PKR
#Rafizi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan