KEMAMAN: Bermula sebagai tanaman landskap bagi menghijaukan kawasan kampus, University College TATI (UC TATI) kini mampu meraih pendapatan mencecah RM200,000 semusim hasil tanaman nanas MD2 yang diusahakan sejak 2020.
Rektornya, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, projek tanaman nanas di atas tanah berkeluasan 3 ekar itu dijalankan dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).
Katanya, projek itu diusahakan secara lebih meluas bagi menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan industri pengeluaran nanas negara.
"Pada mulanya projek tanaman buahan tropika ini adalah salah satu cara untuk menghijaukan kawasan UC TATI dengan pemandangan landskap hijau di dalam kawasan kampus.
"Selain menjadi landskap, ia juga memberikan pulangan dan meraih jualan RM200,000 selepas dituai pada November tahun lalu," katanya kepada Sinar Harian, pada Ahad.
Khamis lalu, UC TATI menerima kunjungan Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Mohd Khairuzamri M. Salleh ketika lawatan kerja, di sini.
Dalam pada itu, Anuar merakam penghargaan atas sumbangan sebanyak 51,000 benih nanas sebagai projek tanaman kolaborasi termasuk khidmat perundingan oleh LPNM.
"Nanas MD2 antara yang menjadi rebutan dan mendapat permintaan tinggi kerana rasanya manis, lebih berjus dan mempunyai serat yang bagus untuk kesihatan.
"Menerusi projek yang diusahakan, kita percaya ia mampu menjamin kelestarian sumber dan mengurangkan kebergantungan terhadap sumber luar," katanya.
Sementara itu, Mohd Khairuzamri berkata, Nanas MD2 semakin mendapat sambutan dalam kalangan pengusaha kerana ia bukan sahaja memenuhi permintaan pasaran tempatan malah turut dieksport ke luar negara.
Katanya, kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) telah mengisytiharkan industri nanas sebagai sumber pendapatan baru di mana nanas MD2 antara buah-buah tempatan yang berkualiti tinggi dan menjadi sumber kekayaan baharu negara dalam sektor pertanian.
"Penjagaan nanas MD2 juga tidak sukar kerana ia tidak memerlukan siraman air yang banyak dan hanya perlu memastikan sistem perparitan yang baik.
"Nanas MD2 mempunyai tempoh matang agak lama iaitu sekitar 14 bulan dan dalam tempoh itu tanaman ini perlu dilakukan secara berfasa," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 16 2022
Prof Dr Anuar (dua dari kanan) bersama Mohd Khairuzamri (kanan) ketika lawatan ke tapak tanaman nanas MD2 yang diusahakan UC TATI di Kemaman. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
Raih RM200,000 hasil jualan nanas MD2
Projek tanaman nanas di atas tanah berkeluasan 3 ekar itu dijalankan dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).