awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rais cadang umur persaraan hakim dinaikkan sehingga 75 tahun

Bernama
Bernama
30/11/2016
23:17 MYT
Rais cadang umur persaraan hakim dinaikkan sehingga 75 tahun
Tun Zaki Azmi (kiri) menyampaikan buku 'The Malaysian Judiciary' sebagai cenderahati kepada Tan Sri Dr Rais Yatim (kanan) di Mahkamah Persekutuan pada Rabu. Turut hadir Tun Arifin Zakaria (tengah). - fotoBERNAMA
Bekas menteri undang-undang, Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini mencadangkan supaya umur persaraan wajib hakim mahkamah persekutuan pada usia 66 tahun dilanjutkan kepada 70 atau 75 tahun.
Beliau berkata susulan peningkatan kemudahan sosial dan kualiti hidup, had umur persaraan hakim perlu dipertimbangkan semula selaras dengan perkembangan dunia semasa.
Menurutnya, seorang perdana menteri mungkin boleh berkhidmat sehingga usia lewat 70-an manakala hakim-hakim berkhidmat hanya sehingga 66 tahun pada masa ini.
"Saya mendapat peluang berkhidmat sebagai menteri kabinet lebih sedekad di bawah seorang perdana menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang bersemangat dan bercita-cita yang hanya bersara pada usia 77 tahun.
"Kini berusia 91 tahun, beliau masih mantap sebagai pakar taktik dan ahli politik yang tahan lasak," katanya dalam ucaptama sempena pelancaran buku berjudul 'The Malaysian Judiciary' di Istana Kehakiman di sini pada Rabu.
Rais, yang juga Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosio Budaya, berkata pada masa depan, hakim mahkamah persekutuan sekurang-kurangnya dibenarkan berkhidmat dalam badan kehakiman sehingga usia 70 tahun.
Memberi contoh dari negara lain, katanya, Australia tidak lagi menetapkan umur persaraan manakala di Jepun, hakim berusia lebih 70 tahun adalah perkara biasa.
Sementara itu, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata cadangan oleh Rais itu boleh dilaksanakan dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan.
"Ia boleh dilaksanakan tetapi anda perlu meminda Perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga dalam dewan. Saya pasti semua akan bersetuju dan pembangkang perlu tidak menentang," katanya.
Buat masa ini, katanya, umur persaraan hakim adalah 70 tahun di Thailand dan 75 di Indonesia.
Terdahulu, dalam ucapannya sebelum pelancaran buku itu, Arifin berkata buku itu memberikan gambaran latar belakang sejarah dan perkembangan badan kehakiman negara.
Katanya, buku tersebut akan menjadi panduan berguna bukan sahaja untuk badan kehakiman dan peguam malah kepada orang awam.
Bekas ketua hakim negara, Tun Zaki Tun Azmi, yang merupakan editor am buku 226 halaman itu, turut hadir pada majlis pelancaran itu. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Arifin Zakaria
#hakim
#Mahkamah Persekutuan
#pindaan perlembagaan persekutuan
#Rais Yatim
#umur persaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan