awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rais Hussin, Mat Jidi sah sertai PKR

Firdaus Azil
Firdaus Azil
13/10/2022
09:37 MYT
Rais Hussin, Mat Jidi sah sertai PKR
Rais (kanan) yang pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), telah bertindak keluar Bersatu pada 6 Oktober lepas. - Foto Astro AWANI
PETALING JAYA: Bekas pengasas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff dan bekas Naib Ketua UMNO Bera Mohamed Jidi Yaakob hari ini sah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ketika mengumumkan perkara itu, Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyertaan kedua-dua ahli politik berkenaan, tidak berlandaskan kepada sebarang syarat, termasuk kemungkinan mereka akan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Beliau berkata, dengan latar belakang Rais sebagai seorang ‘intelektual’, dan Mohamed Jidi sebagai akar umbi, membuktikan PKR adalah parti yang berorientasikan kepelbagaian dan kesejahteraan untuk semua lapisan masyarakat.
“Kita ada seorang pemimpin yang intelektual, dan kita ada pimpinan akar umbi peneroka. Ini membuktikan kita adalah gerakan rakyat, yang bersama mengharungi cabaran dalam masa getir.
“Yang baiknya (penyertaan Rais) langsung tidak sentuh (mengenai kemungkinan calon). Dia sertai juga nak sertai dah lama. Saya kata tak apa, tidak ada perbincangan mengenai kerusi. (Tentang Mohamed Jidi di Parlimen Bera), kita akan timbang dengan adil,” katanya lagi.
Rais, yang pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), telah bertindak keluar Bersatu pada 6 Oktober lepas, sebelum membuat pengumuman mengenai perkara itu pada hari kemudiannya.
Dalam surat pengundurannya, Rais berkata, beliau tidak lagi aktif sebagai ahli Bersatu sejak 2020, dan lebih menumpukan kepada badan pemikir bebas yang diasaskannya iaitu EMIR Research.
Sementara itu, Mohamed Jidi, yang lebih dikenali sebagai Mat Jidi, pernah memegang jawatan sebagai Naib Ketua UMNO Bera, iaitu kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Mohamed Jidi pada 2018 bertanding di bawah bendera Parti Keadilan Rakyat, sewaktu menjadi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kemayan.
Mohamed Jidi pernah memegang jawatan sebagai Naib Ketua UMNO Bera, iaitu kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Mohamed Jidi pernah memegang jawatan sebagai Naib Ketua UMNO Bera, iaitu kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Dalam sidang media yang sama, Rais berkata, beliau akan menyumbangkan tenaga dan buah fikiran kepada PKR, khususnya dalam agenda menangani permasalahan ekonomi yang sedang melanda negara.
“Pada pendapat saya, kita perlu fokus kepada ekonomi rakyat, iaitu kos kehidupan seharian yang pada saya sangat penting. Kemudian tentang akses kesihatan, pendidikan, peluang pekerjaan serta perumahan,” katanya lagi.
Dalam pada itu Anwar berkata, PH dan Keadilan akan terus berpegang kepada prinsip berjuang untuk semua lapisan masyarakat, bukan untuk kelompok atau golongan tertentu semata-mata.
Beliau berkata, agenda keadilan bersama itu, bukan semata-mata prinsip parti yang beliau ketuai, tetapi ia sepatutnya menjadi prinsip semua rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PRU15
#bubar parlimen
#Mohamed Jidi Yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan