KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disaran mewujudkan satu kawasan khusus warisan 'Dunia Melayu' yang mengandungi segala elemen aspek kehidupan mencerminkan seni budaya tinggi dan warisan Melayu.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim yang mengutarakan saranan itu berkata, ini kerana setakat ini belum ada kawasan khusus sebegitu untuk tatapan para pengunjung di ibu negara.
"Kita ada Little India di Brickfields dan China Town di Jalan Petaling. Saya amat percaya DBKL mampu merealisasikan hasrat ini untuk menaikkan taraf Bandar Raya Kuala Lumpur, yang akan menjadi tarikan utama pengunjung dalam dan luar negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu beliau menerima kunjungan hormat Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah di Parlimen di sini.
Rais berkata projek 'Dunia Melayu' itu boleh mengandungi susunan budaya yang menarik perhatian pengunjung luar dan dalam negara termasuk seni, cara hidup budaya tinggi, pertukangan tangan, muzik, seni teater dan makanan warisan Melayu.
Beliau turut berharap DBKL dapat bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memajukan sudut kegiatan seni budaya sekali seminggu di Jalan Tuanku Abdul Rahman serta menggalakkan persembahan teater yang boleh dikunjungi warga seni budaya.
Menurutnya Yayasan Budi yang diasaskannya akan mengikhtiarkan beberapa kemudahan dan kandungan kegiatan budaya pada setiap hujung minggu seperti pameran seni budaya, pemuzik jalanan, pertunjukan seni budaya dan makanan warisan Melayu untuk dipertontonkan dan dinikmati oleh para pengunjung dan warga Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023

Rais berkata projek 'Dunia Melayu' itu boleh mengandungi susunan budaya yang menarik perhatian pengunjung luar dan dalam negara. - Fail/Astro AWANI

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Kerajaan sedang muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran.

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Rais saran wujudkan kawasan warisan 'Dunia Melayu' di Kuala Lumpur
DBKL disaran mewujudkan satu kawasan khusus warisan 'Dunia Melayu' yang mengandungi segala elemen aspek kehidupan mencerminkan seni budaya tinggi dan warisan Melayu.