Tan Sri Rais Yatim mencadangkan agar Konvensyen Kebudayaan Kebangsaan diadakan segera -- empat dekad selepas sebuah kongres yang sama -- bagi membincangkan cabaran semasa terhadap hal-hal kebudayaan bangsa.
Katanya, konvensyen itu boleh dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Empat dekad lalu, perhimpunan yang dikenali sebagai Kongres Kebudayaan Kebangsaan diselenggarakan oleh Kementerian Kebudayaan pada 1971.
Menurut Rais, usul beliau itu terkandung dalam satu kertas cadangan mengenai soal "budi dan budaya" yang beliau kemukakan kepada Perdana Menteri pada awal bulan ini.
Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan itu berkata konvensyen tersebut sangat perlu diadakan kerana suasana semasa yang sudah jauh berubah berbanding semasa kongres itu diadakan pada 1971.
"Ini sangat penting... bukan untuk melihat kebudayaan dari segi manifestasinya seperti tarian, lagu, lirik atau gendang, kecapi... bukan itu maksud saya.
"Maksud saya ialah nilai hidup masyarakat negara bangsa; bagaimana harus dibendung yang negatifnya dan dilaksanakan mana yang positif," katanya kepada Astro AWANI di pejabatnya.
Jelas Rais, apa yang dirumuskan daripada konvensyen itu nanti akan jadi panduan untuk dilaksanakan oleh kementerian-kementerian, yang katanya "tidak ada sekarang".
Rumusan daripada Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 menjadi asas kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan dengan budaya Melayu dan agama Islam sebagai teras.
Katanya lagi, konvensyen yang dicadangkan ini dibahagikan kepada dua iaitu satu mengenai budaya Melayu dan satu lagi mengenai budaya masyarakat Malaysia.
Astro Awani
Sat Jun 27 2015
RAIS: Usul itu terkandung dalam satu kertas cadangan mengenai soal "budi dan budaya" yang dikemukakan kepada Perdana Menteri awal bulan ini.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rais Yatim usul Konvensyen Kebudayaan Nasional diadakan segera
Menurut Rais, usul itu terkandung dalam satu kertas cadangan mengenai soal "budi dan budaya" yang beliau kemukakan kepada Perdana Menteri pada awal bulan ini.