Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu kemudahan surau yang selesa disediakan di setiap bangunan baharu di negeri ini.
Ruang solat itu, titah baginda, perlu disediakan di lokasi strategik dan selesa sejajar dengan martabat Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Ketika merasmikan Masjid Al-Ilmi, Sungai Berembang dekat sini malam tadi, Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menegur pemilik atau pengurus bangunan yang bersikap 'melepas batuk di tangga' dalam menyediakan ruang solat.
"Mereka sediakan surau hanya bagi memenuhi kriteria kelulusan penggunaan bangunan tetapi lokasinya terpencil dan tersembunyi di ceruk belakang atau bawah bangunan," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah surau yang selesa hendaklah mempunyai kemudahan berwuduk, lampu dan kipas atau pendingin hawa dan mengasingkan ruang untuk lelaki dan wanita di samping menyediakan kemudahan untuk orang kelainan upaya.
Sempena perasmian masjid berusia lebih 10 tahun itu, Raja Muda turut menyampaikan sumbangan MAIPs kepada 105 amil masjid seluruh Perlis, sumbangan zakat kepada golongan asnaf di samping menyampaikan tauliah kepada para pegawai masjid bagi kawasan parlimen Arau.
Hadir sama pada majlis itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Hamdan Bahari dan Pegawai Kewangan Negeri Perlis Romli Dai.
Bernama
Tue Jul 23 2013
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Raja Muda mahu bangunan baharu sediakan surau yang selesa
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu kemudahan surau yang selesa disediakan di setiap bangunan baharu di negeri ini.