KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengalu-alukan lebih banyak pelaburan berteraskan pelancongan dalam usaha menambah baik sektor itu di negeri berkenaan.
Baginda bertitah antara pelaburan berkaitan pelancongan yang boleh dilaksanakan di Perlis ialah perhotelan, taman tema dan menara tinjau.
"Golongan muda turut digalakkan menceburi bidang ini khususnya yang berteraskan perkhidmatan bagi memastikan ia mampu berterusan dan menjadi tulang belakang dalam menyokong industri pelancongan," titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Arau di sini semalam.
Kenyataan itu memaklumkan Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan menyerahkan cendera kenangan sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 kepada Pengurus Besar Kawasan Holiday Villa Hotel Residence Joey Chen di Doha, Qatar baru-baru ini.
Turut berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta paduka-paduka anakanda iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Turut mengiringi baginda Duta Besar Malaysia ke Qatar Zamshari Shaharan dan isteri, Fazlinda Fudzil.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2023

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyerahkan cendera kenangan sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 kepada Joey Chen di Doha, Qatar baru-baru ini. - Foto Istana Arau

Tabika Perpaduan terbuka untuk semua kaum - JPNIN
Bilangan kanak-kanak Melayu yang mendaftar di Tabika Perpaduan jauh lebih tinggi berbanding kaum lain, walaupun ia terbuka kepada semua.

300,000 rakyat Indonesia disasar dapatkan khidmat perubatan di Melaka tahun ini
Daripada keseluruhan 800,000 rakyat Indonesia yang mendapatkan rawatan di Malaysia, lebih 25 peratus adalah di Melaka.

Lebih 100,000 permohonan masuk institusi TVET direkodkan sejak April - Ahmad Zahid
Jumlah itu dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnya 150,000 permohonan menjelang akhir Jun ini

Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna
Juara bertahan empat kali, Max Verstappen menewaskan dua pelumba pasukan McLaren untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) keduanya musim ini di Grand Prix Emilia Romagna di Itali pada Sabtu.

Perasmian sayap PKR: 'Surat hanya kepada Anwar dan Fuziah, macam mana boleh bocor?' - Rafizi
Rafizi berkata, perkara itu sepatutnya tidak didedahkan, dan beliau mempersoalkan bagaimana perkara sulit seperti itu boleh menjadi pengetahuan umum.
Tumpuan Isnin – 19 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Mei 2025.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi
Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Ahad.

Misi satelit ke-101 Agensi Angkasa Lepas India gagal
Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
Pelancaran satelit pemerhatian bumi India gagal
Agensi Angkasa Lepas India (ISRO) gagal menghantar satelit pemerhatian bumi ke orbit selepas tekanan dalam kebuk enjin pada peringkat ketiga pelancaran roket menurun secara mendadak.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

Bandar Teknologi Maju Perlis tawar lebih 2,000 peluang pekerjaan - Fahmi
Fahmi berkata projek yang menelan keseluruhan kos mencecah AS$11 bilion (RM49.17 bilion) itu dijangka mula beroperasi secara berperingkat pada pertengahan 2027.

Raja Muda Perlis jadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.

MAIPs peruntuk RM7 juta laksana program latihan kemahiran asnaf
MAIPs memperuntukkan RM7 juta kepada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk pelaksanaan program aktiviti berbentuk latihan kemahiran asnaf dan pengurusan bagi tahun ini.

Pembeli dinasihat pastikan ketulenan harum manis elak tertipu
Jabatan Pertanian Perlis menasihati pembeli supaya memastikan ketulenan mangga harum manis sebelum membuat pembelian pada musim pengeluaran mangga itu yang kini telah pun bermula, supaya tidak tertipu

Guna AI perkasa tugas kawal sempadan negara - Raja Muda Perlis
Langkah itu dilaksanakan negara maju dalam usaha memperkasa penugasan mengawal sempadan negara ini supaya tidak mudah dibolosi.

ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.

Raja Muda Perlis alu-alukan lebih banyak pelaburan dalam sektor pelancongan
Antara pelaburan berkaitan pelancongan yang boleh dilaksanakan di Perlis ialah perhotelan, taman tema dan menara tinjau.

Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati, disuburkan - Raja Muda Perlis
Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati dan disuburkan dalam kalangan rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.