awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Muda Perlis dilantik semula sebagai Canselor UniMAP

Bernama
Bernama
05/03/2022
14:28 MYT
Raja Muda Perlis dilantik semula sebagai Canselor UniMAP
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dilantik semula sebagai Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berkuasa berkuat kuasa dari 13 Dis lepas hingga 12 Dis 2028. - BERNAMA
ARAU: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dilantik semula sebagai Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berkuasa berkuat kuasa dari 13 Dis lepas hingga 12 Dis 2028.
UniMAP dalam kenyataan hari ini memaklumkan perisytiharan itu telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 20 Dis lepas.
Menurut kenyataan itu, watikah tersebut dipersembah kepada baginda oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Raja Datuk Azwane Raja Ariff dan Naib Canselor UniMAP Profesor Ts Dr Zaliman Sauli bagi mewakili Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Bilik Canselor, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra hari ini.
Untuk rekod, Tuanku Syed Faizuddin dilantik sebagai Canselor Pertama Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-12 Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 1 Sept 2003, sebelum universiti itu dijenamakan semula sebagai UniMAP, sehinggalah ke pelantikan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Muda Perlis
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#Canselor
#UniMAP
#Universiti Malaysia Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan