Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, di sini yang dinaiktaraf bagi memenuhi keperluan keselamatan operasi pesawat dan keselesaan pengguna.
Majlis perasmian itu diadakan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ke-85.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim, Raja Di Hilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.
Projek menaiktaraf lapangan terbang dengan kos RM42 juta yang bermula 13 April 2011 telah siap dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Nov tahun lepas.
Kerja menaiktaraf lapangan terbang itu melibatkan pelebaran ruang Balai Pelepasan dan Balai Ketibaan, penyediaan tempat duduk baharu di Balai Pelepasan, Balai Ketibaan dan ruang daftar masuk serta pemasangan sistem pendingin hawa di Balai Pelepasan, Balai Ketibaan dan balai perhimpunan awam.
Ia juga meliputi pemanjangan landasan dari 1,798 meter kepada 2,000 meter dan pelebaran kawasan meletak kenderaan komersil.
Zambry dalam ucapannya berkata memandangkan lapangan terbang itu telah dinaiktaraf, kerajaan negeri memohon Kementerian Pengangkutan untuk menambah penerbangan di lapangan terbang itu.
Katanya kerajaan negeri juga merancang untuk menjadikan lapangan terbang itu sebagai pusat perkhidmatan kejuruteraan, penyelenggaraan dan baik pulih (MRO).
"Kita mahu menjadikan lapangan terbang ini benar-benar bermanfaat," katanya.
Bernama
Tue May 21 2013
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.
Penumpang dilarang guna bagasi skuter di apron lapangan terbang - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengeluarkan arahan keselamatan yang melarang penggunaan bagasi pintar atau 'skuter' sebagai mod pengangkutan dalam kawasan apron lapangan terbang.
Gunung Berapi Lewotobi Indonesia: 127 rakyat Malaysia telah tinggalkan Labuan Bajo
127 orang meninggalkan Labuan Bajo melalui pengangkutan laut atau udara selepas operasi penerbangan domestik di sambung semula pada Rabu.
Pakistan wajibkan pengesahan biometrik di lapangan terbang
Mesin-mesin pengesahan biometrik akan dipasang di kaunter imigresen antarabangsa di lapangan terbang untuk menambah keberkesanan.
Penyeludupan hidupan liar: Perketat prosedur pemeriksaan di lapangan terbang
Ismail berkata mesin pengimbas di pintu masuk negara perlu diselenggara secara berkala bagi memastikan mesin beroperasi dengan optimum.
Thailand akan lancar sistem biometrik di enam lapangan terbang menjelang Disember
Sistem itu direka untuk mempercepatkan proses pengecaman, dan mengurangkan masa menunggu.
Empat lapangan terbang Vietnam gantung operasi ketika Taufan Trami semakin hampir
Perbadanan Pengurusan Trafik Udara Vietnam diarah memastikan protokol keselamatan dilaksanakan dan memberi notis tepat pada masanya kepada agensi berkaitan.
Sudan setuju buka empat lagi lapangan terbang untuk agensi kemanusiaan
Lapangan terbang yang akan dibuka adalah di bandar Kassala, Dongola, El Obeid dan Kadugli.
MAHB catat 36.1 juta pergerakan penumpang dalam suku ketiga
Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) merekodkan 36.1 juta pergerakan penumpang pada suku ketiga 2024.
IATA desak kerajaan lindungi penerbangan awam ketika peningkatan konflik global
Penting sekarang ini melindungi sektor penerbangan awam termasuk lapangan terbang dan infrastruktur navigasi udara ketika berada dalam tempoh konflik.