Skip to main content

Malaysia

Raja Permaisuri Agong berangkat ke majlis berbuka puasa bersama menteri, perwakilan asing

KUALA LUMPUR, 25 Feb -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah (tiga, kiri) berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Jemaah Menteri dan Perwakilan Asing di Istana Negara hari ini.  Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tiga, kanan).  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Raja Permaisuri Agong (tiga, kiri) berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Jemaah Menteri dan Perwakilan Asing di Istana Negara, Kuala Lumpur, 25 Feb 2026. Turut hadir, Anwar, Ahmad Zahid dan Dr Wan Azizah. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama dengan Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara di sini, semalam.

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Advertisement

Antara Jemaah Menteri yang hadir ialah Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad serta timbalan-timbalan menteri.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul serta perwakilan asing antaranya dari Yaman, Qatar, Bahrain, Mesir, Indonesia, Palestin, Brunei, Turkiye, Arab Saudi, Maldives, Emiriah Arab Bersatu dan Azerbaijan.

Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj dan Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Harlina Samson.

Seri Paduka Baginda turut menunaikan solat fardhu maghrib berjemaah bersama-sama tetamu jemputan yang diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil di Surau Utama Istana Negara.

-- BERNAMA

Must Watch Video