Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima watikah pengisytiharan sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baharu di Istana Negara, hari ini.
Tunku Azizah yang juga wanita pertama dilantik bagi jawatan tersebut bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 12 April lepas, menerima watikah berkenaan daripada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada majlis terima menghadap baginda pagi tadi.
Pelantikan Tunku Azizah itu menggantikan Sultan Pahang kelima, Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat pada 22 Mei lalu.
Turut serta menghadap Rektor UIAM Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Timbalan Rektor Prof Dr Isarji Sarudin dan beberapa kepimpinan tertinggi UIAM.
Sementara itu, Dzulkifli berkata pertemuan hari ini adalah untuk memaklumkan secara rasmi kepada Tunku Azizah sebagai ketua perlembagaan serta sempena menjunjung kasih sembah maklum dan sembah tahniah atas pelantikan baginda sebagai Ketua Perlembagaan UIAM yang baharu.
Dzulkifli berkata jubah rasmi Tunku Azizah sebagai ketua perlembagaan akan ditempah baharu menggunakan kain Tenun Pahang Diraja bagi upacara rasmi universiti.
"Jubah canselor (ketua perlembagaan) adalah baju rasmi, tapi atas titah Tuanku, baginda ingin 'localise' baju (jubah) tersebut dengan kain Tenun Pahang Diraja.
"Kita amat terharu kerana memang kita mahukan tradisi tempatan mewarnai universiti kita. Daripada diimport, kini reka bentuknya sendiri masih sama tapi buatannya adalah buatan tempatan khususnya dari Pahang," katanya pada Bernama di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 17 2019

Raja Permaisuri Agong melihat jubah rasmi Ketua Perlembagaan UIAM selepas baginda menerima watikah pengisytiharan sebagai Ketua Perlembagaan UIAM daripada Maszlee (kiri) pada majlis di Istana Negara hari ini. --fotoBERNAMA

Bazar perayaan lain di KL akan guna konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri
Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah pada Jumaat bersetuju untuk memperluaskan konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada bazar perayaan lain di Kuala Lumpur.

Jualan sektor automotif dijangka merosot pada 2025
Sektor automotif Malaysia dijangka mengalami jualan yang lebih rendah pada 2025.

ASEAN termasuk Malaysia dapat manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan China - Moody's
Negara anggota ASEAN khususnya Vietnam, Malaysia dan India telah mendapat manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan China terutamanya dalam tekstil dan elektronik, kata Moody's Ratings.

UNRWA: Bekalan tepung untuk edaran di Gaza hanya bertahan sekitar enam hari
UNRWA memaklumkan bahawa bekalan tepung untuk diedarkan di Gaza hanya mampu bertahan sekitar "enam hari" kerana tiada bantuan baharu masuk sejak 19 hari lepas.

Tahun 2024 catat jumlah kematian tertinggi migran - Agensi Migrasi PBB
Sekurang-kurangnya 8,938 orang kehilangan nyawa di laluan migrasi sepanjang 2024, menjadikannya tahun paling banyak kematian dalam rekod.

Tolak suara sumbang pecah belah masyarakat majmuk - Nga
Rakyat Malaysia harus menolak suara-suara sumbang yang cuba memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

RUU Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini
Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini.

Hong Leong Bank Bhd lancar lagu Senyum Senyum Raya
Sempena Syawal tahun ini, Hong Leong Bank Bhd (HLB) tampil dengan kelainan dengan pelancaran lagu raya bertajuk Senyum Senyum Raya yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Alif Satar.
Penganggur mengaku tak bersalah pandu melulu
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat atas pertuduhan memandu kereta secara berbahaya, yang boleh menyebabkan kematian dalam kejadian langgar lari membabitkan dua kenderaan pada Januari lepas.
Rogol pembantu klinik, doktor minta dibicarakan
: Seorang Dr mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii

Raja Permaisuri Agong Ketua Perlembagaan UIAM baharu
Tunku Azizah menerima watikah berkenaan daripada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada majlis terima menghadap baginda pagi tadi.