BENTONG: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan dan menamakan semula Masjid Kampung Baru di sini sebagai Masjid Tunku Azizah Iskandar sempena nama baginda.
Turut berangkat ke majlis itu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kepimpinan kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.
Tuanku Azizah ketika bertitah menzahirkan penghargaan kerana diberi penghormatan merasmikan dan menamakan masjid itu, yang mula digunakan pada 2020 membabitkan kos sebanyak RM5 juta.
"(Terima kasih) Kepada kerajaan negeri juga kerana membina masjid yang begitu cantik ini," titah baginda yang turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk setempat sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak serta tarawih di masjid berkeluasan kira-kira 0.60 hektar yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun ketika berucap pula memaklumkan dalam tempoh lima tahun bermula 2018, sebanyak 15 masjid baharu siap dibina di negeri itu membabitkan peruntukan RM58.4 juta.
Beliau berkata masih terdapat 16 masjid dalam pembinaan dengan peruntukan RM47.1 juta manakala 17 lagi akan dibina membabitkan kos sebanyak RM80 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2023

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menandatangani plak perasmian ketika merasmikan Masjid Tunku Azizah Iskandar, Bentong ketika berangkat tiba pada majlis perasmian yang diadakan hari ini. - Twitter @bernamadotcom

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Keprihatinan Agong, Permaisuri penawar buat Datuk Paduka Maharaja Lela
Baking soda dari dapur Permaisuri, Gaviscon ubati penyakit gerd yang menyerang Azuan Effendy pada pagi Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran.

Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Rumah Seri Kenangan Cheras
Lawatan itu adalah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah, Isnin lepas.

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Gawai
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikan perayaan itu.

Raja Permaisuri Agong berkenan melawat pameran produk kraf Jordan di Amman
Pameran tersebut mempamerkan produk rekaan hasil seni tradisional Jordan yang diselitkan elemen kontemporari.

Agong berangkat tiba di Jordan untuk lawatan khas
Pesawat khas membawa Seri Paduka dan delegasi selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman pada 4.30 petang waktu tempatan, semalam.

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua yang meraikan perayaan itu di Sabah.

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional
Ucapan tersebut dizahirkan menerusi satu poster yang dimuat naik menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi Istana Negara hari ini.

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga pemilik Restoran Tukdin London
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas dan pemilik Restoran Tukdin Flavours of Malaysia di London yang meninggal dunia semalam.

Agong berkenan terima PhD Kepimpinan UIAM
Al Sultan Abdulllah menyifatkan ia bukan untuk pencapaian diri baginda tetapi juga mengiktiraf nilai dan peranan rakyat di negara ini.

Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi persidangan ACWW edisi ke-30
Sebagai simbolik upacara pelancaran, Al-Sultan Abdullah memukul gong tradisional sebanyak lima kali.