Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud menaja 20 jemaah Malaysia untuk menunaikan haji di bawah program Tetamu Raja Arab Saudi 2019 (Istidhofah).
Program tahunan kendalian Kementerian Hal Ehwal Agama, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi ditaja sepenuhnya melalui peruntukan peribadi Raja Salman yang membabitkan kos penginapan, tiket kapal terbang, makan minum serta kos di Masya'ir Haram.
Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussien Saeed Qattan berkata melalui program Istidhofah tersebut, kerajaan Arab Saudi berjaya menghimpunkan sejumlah besar umat Islam dari seluruh dunia.
Beliau berkata kerajaan Arab Saudi mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendali program tersebut kerana telah menganjurkannya lebih 20 tahun.
"Saban tahun kami memdapat maklum balas positif daripada jemaah seluruh dunia bagi membantu para peserta tetamu Raja Arab Saudi menunaikan haji.
"Kami akan sentiasa berusaha mempertingkatkan kemudahan program ini dari semasa ke semasa," katanya kepada Bernama selepas program Majlis Meraikan Tetamu Raja Arab Saudi 2019 di sini malam tadi.
Antara tujuan utama program tersebut ialah menghimpunkan jemaah dari seluruh dunia untuk saling bertukar pandangan tentang Islam dan mengeratkan silaturahim sesama umat Islam.
Mereka yang terpilih terdiri daripada kalangan agamawan, wakil kerajaan, ahli akademik, pendakwah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Antara yang terpilih di dalam program tersebut ialah Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud, Ketua Penolong Mufti Wilayah Perseketuan Ridzuan Awang dan Wartawan Meja Multimedia Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) Syed Iylia Hariz Al-Qadri Syed Izman.
Kumpulan itu akan berlepas ke Jeddah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Ogos dan berada di Arab Saudi sehingga 17 Ogos.
Selain itu, Raja Salman turut menaja 1,300 jemaah dari 72 negara di bawah program tersebut.
Penjaga Dua Kota Suci itu turut mengundang 200 keluarga mangsa serangan keganasan di Christchurch, New Zealand menjadi tetamunya untuk menunaikan haji.
Raja Arab Saudi itu turut menaja 2,000 anggota keluarga tentera Yaman untuk menunaikan haji tahun ini.
Arab Saudi turut merancang untuk menampung sehingga 30 juta jemaah haji dan umrah pada tahun-tahun akan datang berdasarkan Wawasan 2030 yang diperkenal Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.
Kerajaan itu juga prihatin dengan kesejahteraan jemaah haji serta umrah, dan perkara ini dicerminkan menerusi wawasan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 30 2019
Mahmoud Hussien (duduk, empat, kanan) bersama 20 bakal jemaah haji pada majlis di Pejabat Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, 30 Julai, 2019. -- fotoBERNAMA
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.