awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rajhesh Vaidhya pilih Malaysia, baharui rekod sendiri dalam Asia Book of Records

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
25/09/2022
05:13 MYT
Rajhesh Vaidhya pilih Malaysia, baharui rekod sendiri dalam Asia Book of Records
Rajhesh Vaidhya memilih Malaysia untuk memecah rekod peribadinya dalam Asia Book of Records dengan memainkan 100 lagu selama 100 minit tanpa henti. - Gambar Mediaberg Productions
KUALA LUMPUR: Pemain muzik popular dari India, Rajhesh Vaidhya memilih Malaysia untuk memecah rekod peribadinya dalam Asia Book of Records dengan memainkan 100 lagu selama 100 minit tanpa henti, menerusi Rajhesh Vaidhya Feel The Strings Live Concert.
Anak kelahiran Tamil Nadu itu bakal mempamerkan sentuhan irama klasik India dalam pelbagai versi bahasa.
Menariknya kata beliau, sebagai menghargai peminatnya, beliau mahu melibatkan mereka dalam pemilihan lagu yang bakal dimainkan nanti.
"Peminatnya boleh berbuat demikian dengan terus menghantar mesej kepada penganjur konsert itu, Mediaberg Productions menerusi laman sosial mereka," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, baru-baru ini.
Menurut Rajhesh Vaidhya, konsert itu dibahagikan kepada dua bahagian, dengan bahagian pertama memaparkan persembahan berkumpulan yang turut disertai dua penyanyi popular yang nama mereka dirahsiakan pada ketika ini.
Sementara bahagian kedua, katanya, merupakan acara kemuncak kepada konsert itu yang akan menyaksikan beliau memperbaharui rekod peribadinya dalam Asia Book of Records.
Dalam pada itu, beliau juga berhasrat untuk mengadakan bengkel kepada pemuzik tempatan dalam masa terdekat.
Sebelum ini, pemuzik itu mencatat rekod dalam Asia Book of Records pada 2019 dengan bermain alat muzik veena untuk 60 lagu tanpa henti selama 60 minit.
Rajhesh Vaidhya juga terkenal dengan gandingan muzik beliau bersama ahli-ahli muzik tersohor dunia seperti Sir Elton John dan pemenang anugerah Oscar AR Rahman.
Mereka yang mahu membeli tiket ke konsert Rajhesh Vaidhya yang lebih dikenali sebagai King of Veena itu di World Trade Centre pada 17 Disember ini boleh melayari www.ticket2u.com.my/rajheshvaidhya atau menghubungi penganjur di talian 017-340 0235.
Topic Berkaitan
#Rajhesh Vaidhya
#Rajhesh Vaidhya Feel The Strings Live Concert
#pemain muzik
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan