Kerajinan, ilmu dan sifat amanah seharusnya menjadi pegangan hidup yang memastikan kejayaan seseorang individu.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan, nilai itu mempengaruhi kehidupan selain faktor yang mengelakkan kegagalan dalam kehidupan.
“Sebenarnya nilai hiduplah yang tentukan kita berjaya atau tidak. Tidak banyak dari nilai hidup yang kita pegang, begitu kuat pengaruhnya terhadap kehidupan kita.
“Saya dapati mereka yang berjaya, semuanya adalah mereka yang rajin, yang sanggup bekerja, yang bekerja kuat.
“Mereka tetap berjaya. Walaupun tidak ada ilmu, berpelajaran, tetapi mereka yang rajin berusaha, rajin mengejar kejayaan tetap akan berjaya,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Harimau Asia pada Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, pada Isnin.
Jelasnya, ilmu tanpa kerajinan tidak boleh menghasilkan apa-apa kejayaan.
“Kalau kita rajin, walaupun kurang ilmu masih boleh berjaya, tapi bila ada kombinasi dengan kerajinan, ia kejayaan.
“Pegangan mereka kepada nilai hidup jumlah nilai hidup yang mereka pegang dan mereka amal dan dengan itu mereka mendapat hasil daripada budaya mereka atau nilai hidup yang dipegang oleh bangsa mereka,
“Sebab itu kita lihat ada bangsa yang berjaya, ada bangsa yang tidak berjaya, ada yang tidak mungkin berjaya,” jelasnya.
Dalam pada itu katanya, setiap bangsa perlu mempunyai rasa malu seperti diamal orang Jepun.
“Kalau ada perasaan malu macam orang Jepun, saya pilih orang Jepun sebab saya kagum dengan mereka. Walaupun mereka jajah kita.
“Tetapi kualiti baik mesti kita akui dan perasaan malu mereka ini adalah begitu, jajah mana mana pihak.
“Mereka malu kalau mereka kalah, tentera mereka, askar mereka, samurai mereka, kalau kalah bunuh diri, dalam pilihan perang dunia kedua, mereka kalah,” ujarnya.
Pada sebelah petang, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggariskan tiga teras utama dalam usaha mengembalikan Malaysia ke persada dunia sekaligus menggapai semula gelaran ‘Harimau Asia’.
Ujarnya, keyakinan, kerangka idea pendorong dan tindakan amal turun ke padang perlu dilaksanakan.
Wan Syamsul Amly, Firdaus Azil
Mon Apr 01 2019
Tun Mahathir semasa berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Harimau Asia pada Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, pada Isnin. - Astro AWANI/Shahir Omar
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.