awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rajinikanth kunjungi PM, nyata hasrat masukkan perjuangan Anwar dalam filem

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
11/09/2023
10:19 MYT
Rajinikanth kunjungi PM, nyata hasrat masukkan perjuangan Anwar dalam filem
Anwar memberitahu, Rajinikanth menyatakan hasratnya untuk memasukkan elemen kemasyarakatan yang diperjuangan Perdana Menteri dalam filem beliau kelak. - Gambar/ IG @anwaribrahim_my
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan bintang mega India, Rajinikanth ke pejabatnya di Putrajaya, di sini.
"Hari ini saya menerima kunjungan bintang filem India, Rajinikanth yakni satu nama yang tidak asing lagi di pentas dunia seni Asia dan antarabangsa," katanya dalam perkongsian di X di sini, pada Isnin.
Anwar memberitahu, dalam lawatan itu, Rajinikanth juga menyatakan hasratnya untuk memasukkan elemen kemasyarakatan yang diperjuangkan Perdana Menteri dalam filem beliau kelak.
"Saya hargai penghormatan yang diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.
"Dititipkan doa agar Rajinikanth terus cemerlang dalam lapangan dan dunia perfileman," ujarnya.
Aktor berusia 72 tahun itu dikatakan tiba di Kuala Lumpur pada malam Sabtu menaiki pesawat Malaysia Airlines.
Rajinikanth yang dikenali sebagai Thailava (ketua) dalam kalangan peminat dunia, difahamkan sudahpun kembali ke Chennai, India kira-kira pukul 11.20 pagi (waktu tempatan).
Beliau berkunjung ke Malaysia buat kali pertama secara rasminya pada 2016 bagi menjalani penggambaran filem perdana Kabali.
Kabali ialah filem ke-159 lakonan legenda filem Tamil itu, dan pelakon itu membawakan watak ketua mafia, mengambil inspirasi daripada kisah benar yang pernah diangkat ke layar perak berjudul Departed lakonan Jack Nickholson.
Filem tersebut ditayangkan pada 14 April 2016 turut membariskan tiga pelakon tempatan iaitu Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim serta Zack Taipan.
Rajinikanth atau The Boss yang sudah bergelar aktor sejak lima dekad lalu, hingga kini sudah membintangi lebih 160 filem.
Topic Berkaitan
#penggambaran filem
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#Rajinikanth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan