awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakam 150 album sepanjang jadi penyanyi, ini rahsia Hetty Koes Endang!

Gempak
Gempak
23/06/2022
04:02 MYT
Rakam 150 album sepanjang jadi penyanyi, ini rahsia Hetty Koes Endang!
Menurut Hetty Koes Endan, dia hanya mengambil masa selama empat hari sahaja untuk merakamkan tiga album berlainan genre. - Gambar Gempak
MELIHAT pada katalog lagu penyanyi seberang, Hetty Koes Endang, pasti ramai yang terkejut apabila penghibur berbakat besar itu telah merakamkan sebanyak 150 album sepanjang kariernya sebagai anak seni.
Begitupun, mungkin ada yang bertanya, bagaimanakah proses rakaman tersebut berjalan?
Adakah Hetty meluncurkan album secara bulanan?
Menerusi temu bual bersama Gempak, penyanyi berusia 65 tahun itu mendedahkan, yang proses rakaman suara pada waktu dahulu berjalan dengan pantas.
Menurut Hetty, dia hanya mengambil masa selama empat hari sahaja untuk merakamkan tiga album berlainan genre.
“Selalunya, kami akan merakamkan tiga jenis album dalam satu masa.
"Contohnya siang saya rakam lagu-lagu berentak pop. Selesai solat dan rehat, rakam lagu dangdut pula dan malam sampai ke pagi giliran keroncong.
“Jadi, ketiga-tiga sesi rakaman berbeza. Empat hari, sudah selesai semuanya. Justeru, sebab itu setahun boleh lancarkan sehingga tiga buah album,” katanya.
Dalam perkembangan terkini, Hetty bakal menganjurkan konsert istimewa, Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang pada 27 Ogos depan sempena 50 tahun penglibatannya dalam industri muzik.
Menerusi konsert yang berkonsepkan makan malam itu, Hetty bakal mendendangkan 15 buah lagu-lagu popular yang pernah diluncurkan sepanjang.
Lebih istimewa, konsert berkenaan bakal dikemudi oleh maestro muzik popular, Datuk Ramli MS.
Dibawakan oleh Mahajaya Empire Sdn Bhd, Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang bakal diadakan di Manhattan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Tiket boleh didapat menerusi laman web ilassoticket.com.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Hetty Koes Endang
#Konsert Jubli Emas
#rakam 150 album
#empat hari rakam tiga album
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan