awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakaman Audio: Najib dan Rosmah beri keterangan selama satu jam kepada SPRM

Hilmi Malik
Hilmi Malik
21/02/2020
08:37 MYT
Rakaman Audio: Najib dan Rosmah beri keterangan selama satu jam kepada SPRM
Menurut peguam yang mewakili Rosmah, Rajivan Nanbiar pihaknya tidak dimaklumkan sama ada mereka dipanggil semula ataupun tidak selain tiada dokumen baru diminta pihak SPRM. - Foto Astro AWANI/Hilmi Malik
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengambil masa selama satu jam untuk memberi keterangan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rakaman perbualan audio yang didedahkan pihak SPRM pada awal Januari lalu.
Terdahulu mereka tiba pada jam 3 petang diiringi oleh beberapa orang pegawai sebelum meninggalkan Akademi SPRM di sini pada jam 4 petang.
Menurut peguam yang mewakili Rosmah, Rajivan Nanbiar pihaknya tidak dimaklumkan sama ada mereka dipanggil semula ataupun tidak selain tiada dokumen baru diminta pihak SPRM.
"Kami tak dimaklumkan sama ada mereka akan panggil semula mereka dan mereka dirakam keterangan secara berasingan ", katanya ketika ditemui di perkarangan Akademi SPRM pada Jumaat.
Minggu lalu, seramai 12 saksi diambil keterangan bagi membantu siasatan pendedahan rakaman audio yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi melibatkan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga SRC International.
Pada 8 Jan lepas, SPRM mendedahkan rakaman audio perbualan yang didakwa melibatkan kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada Najib, semasa beliau menjadi perdana menteri, dan perbualan lain berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Sdn Bhd.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Malaysia
#Najib Razak
#Peguam Negara
#Perdana Menteri
#Rosmah Mansor
#SPRM
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan