Golongan mahasiswa di sini menggesa rakyat Indonesia menghentikan semua aktiviti provokasi yang bertujuan menghina rakyat Malaysia kerana perbuatan itu hanya memalukan negara sendiri.
Pelajar jurusan Pengajian bahasa Inggeris Universitas Muhammadiyah Makassar Ahmad Afandi Rasyid berkata, beliau yang pernah menjalani latihan amali di Johor Bahru tahun lepas, kesal dengan sikap sesetengah rakyat Indonesia yang membuat pelbagai provokasi terhadap rakyat Malaysia.
"Saya pernah tinggal di Malaysia dan saya tahu hati budi orang Malaysia, kita sepatutnya berfikir bagaimanakah untuk memperkukuhkan lagi hubungan bangsa serumpun dan bukannya mencari sebab untuk menghina mana-mana kaum," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Ahmad Afandi yang juga Pegawai Perhubungan Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia (PBSMI) cabang Makassar berkata pelajar Malaysia di negara itu pula sering menjalankan aktiviti untuk menabur budi dan jasa kepada rakyat Indonesia.
Sebanyak 30 pelajar perubatan Malaysia tahun akhir tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dari Universitas Hasanuddin dengan kerjasama PBSMI di Makassar menabur bakti kepada rakyat tempatan dengan menganjurkan aktiviti pemeriksaan kesihatan dan berkhatan secara percuma.
Aktiviti yang mendapat sambutan lebih 500 penduduk di sekitar bandar Makassar itu berlangsung di kampus Universitas Negeri Makassar di sini dan dirasmikan wakil Datuk Bandar Makassar Kamaruddin Munde.
Pengerusi PBSMI cabang Makassar Sulfiadi Barmawi pula berkata, pelajar jurusan perubatan Malaysia adalah yang paling aktif menganjurkan aktiviti sosial untuk menjayakan program Desa Sihat anjuran persatuan berkenaan.
Katanya, aktiviti seumpama itu mendapat sambutan menggalakkan rakyat tempatan kerana ia memberi peluang kepada rakyat untuk mendapat pemeriksaan kesihatan dan ubat-ubatan selain daripada membawa anak lelaki mereka untuk berkhatan secara percuma.
"Kita senang bekerja dengan pelajar Malaysia kerana mereka memahami budaya rakyat Indonesia malah budi bahasa mereka yang lemah lembut sering menjadi tarikan rakyat tempatan untuk menyertai program yang dianjurkan," katanya.
Sulfiadi berkata, PBSMI berharap dapat bekerjasama dengan pelajar Malaysia dalam aktiviti berskala besar termasuk kemungkinan di peringkat nasional satu hari nanti.
Sementara itu, Pengarah MARA Indonesia Zulaina Haslinda Anhar Zubir berkata program yang ditaja sepenuhnya oleh MARA itu bertujuan untuk melatih bakal-bakal doktor berkenaan menjalani amali sambil berbakti kepada penduduk setempat.
"Kita sememangnya mengalakkan pelajar Malaysia memberi sumbangan bakti kepada penduduk setempat di kawasan mereka belajar," katanya.
Beliau berkata, menerusi aktiviti seumpama itu, ia dapat mengeratkan hubungan antara dua negara selain memberi ruang kepada rakyat tempatan mengenali orang Malaysia secara peribadi.
Pengerusi jawatankuasa penganjur Jefrizal Mat Zain yang juga pelajar tahun akhir jurusan perubatan Universitas Hasanuddin berkata, 30 pelajar perubatan yang terlibat dalam aktiviti itu adalah antara 500 Malaysia pelajar jurusan perubatan di universiti berkenaan.
"Kita tidak boleh membawa semua mahasiswa kerana jumlah yang terlalu ramai dan 30 orang yang terpilih ini adalah yang akan menamatkan pengajian pada Jun dan Ogos ini," katanya.
Bernama
Mon May 18 2015
Golongan mahasiswa di Makassar menggesa rakyat Indonesia menghentikan semua aktiviti provokasi yang bertujuan menghina rakyat Malaysia. - Gambar Fail
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.