awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Jepun puji usaha Malaysia tangani COVID-19

Farhana Joni
Farhana Joni
17/02/2020
08:11 MYT
Rakyat Jepun puji usaha Malaysia tangani COVID-19
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan timbalannya, Dr. Lee Boon Chye serta Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media mengenai perkembangan terkini COVID-19. - Gambar Astro AWANI / SHAHIR OMAR.
Usaha kerajaan menangani berita palsu berhubung jangkitan novel koronavirus (COVID-19) di negara ini mendapat pujian daripada warganet Jepun.
Rata-rata mereka memuji Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat terkini mengenai COVID-19 daripada sumber yang sahih.
Langkah yang diambil bersama beberapa kementerian dan pihak berkuasa lain itu dipercayai membantu menangani penyakit tersebut supaya terus terkawal.
Bermula dengan ciapan daripada seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @kurakuranet memuji langkah Kementerian Sumber Manusia kerana prihatin terhadap kebajikan kesihatan para pekerja.
1. 2. 3. 4. 5. https://t.co/sMdmD73Pp1
— Kura-kura.net (@kurakuranet) February 10, 2020
Ciapan tersebut mendapat ribuan reaksi daripada rakyat Negara Matahari Terbit yang cemburu dengan langkah pihak berkuasa Malaysia menangani virus bahaya itu.
Bagi @muroitouko, langkah sedemikian sepatutnya dilakukan oleh semua negara bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu.
— () (@muroitouko) February 13, 2020
Seorang lagi, @nyarometal menyatakan langkah yang diambil di Malaysia itu menonjolkan keprihatian kerajaan kepada rakyat negara ini.
— (@nyarometal) February 14, 2020
Tambah @yutaka20070801 pula, sebagai sebuah negara maju, Jepun menangani COVID-19 agak memalukan seolah-olah jangkitan itu boleh berlalu seperti musim hujan.
— bariyabakamezo- (@yutaka20070801) February 13, 2020
— fukushimah (@fukushimah) February 15, 2020
Seorang lagi rakyat Jepun, @fukushimah menyatakan Malaysia beruntung kerana mempunyai urus tadbir kerajaan yang sempurna dalam menangani COVID-19.
Dalam pada itu, @gonzales331 pula berkata, dia ingin lahir di negara seperti Malaysia kerana pantas dalam menangani jangkitan COVID-19.
— -MHW (@gonzales331) February 13, 2020
Menurut laman web KKM, kes COVID-19 di Malaysia sehingga pukul 10 pagi Isnin sebanyak 22 kes positif, 735 kes negatif dan 42 kes masih menunggu keputusan ujian makmal.
Manakala statistik terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula terdapat 71, 329 kes dilaporkan di 26 buah negara.
Topic Berkaitan
#berita palsu
#COVID-19
#gonzales331
#Jepun
#Kementerian Kesihatan
#Kementerian Sumber Manusia
#kurakuranet
#muroitouko
#nyarometal
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan