Lebih 100 orang yang terdiri daripada anggota Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Pekida Daerah Kota Setar serta orang awam pada Jumaat mengadakan perhimpunan aman di depan premis McDonald di City Plaza sebagai memprotes kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Pengerusi GPMS Kedah Shamsul Bahar Abd Rani berkata perhimpunan itu diadakan bagi menyokong serta membela nasib rakyat Palestin selain mengutuk tindakan Israel menceroboh dan membunuh penduduk Gaza yang tidak berdosa.
"Generasi muda perlu sedar bahawa Israel tidak lagi menghormati keamanan sejagat kerana kita boleh lihat di laman sosial bagaimana tindakan mereka membunuh kanak-kanak, wanita dan warga tua yang tidak berdosa.
"Kita memberi amaran kepada rejim Zionis supaya menghentikan tindakan keterlaluan mereka kerana ini merupakan jenayah antarabangsa. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama perlu tegas dalam isu keamanan sejagat ini dan rejim Zionis perlu dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa," katanya kepada pemberita.
Sementara itu, Anggota Jawatankuasa Pekida Daerah Kota Setar Baharudin Mohd Ali berkata pihak kerajaan perlu memainkan peranan penting dengan menyenaraikan nama produk atau perkhidmatan yang ada kaitan dengan Israel.
"Masih ramai rakyat Malaysia tidak tahu mengenai produk Israel yang ada di pasaran, dengan menyenaraikan produk ini, ia dapat membantu mengelakkan kita daripada membeli produk Israel.
"Dengan memboikot produk atau perkhidmatan yang ada kaitan dengan Israel, kita dapat membantu Palestin secara tidak langsung," katanya.
Dalam perkembangan lain, GPMS Kedah turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar bagi membantah tindakan pemilik akaun Facebook yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
"Institusi diraja adalah payung kepada rakyat negara ini, tidak kira kaum dan agama, dan tidak sepatutnya ada pihak yang sengaja menghina Seri Paduka Baginda selaku ketua negara ini," katanya.
Sementara itu, di KULIM, hampir 200 penduduk dan anggota badan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Jamiul Makmur ke Ibu Pejabat Polis Daerah kerana membantah kumpulan yang menghina Yang di-Pertuan Agong.
Kumpulan itu, yang diketuai Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah Khairul Anuar Ramli, berkata tindakan sedemikian penting kerana rakyat khususnya di Kedah mencintai Seri Paduka Baginda yang menjadi tonggak agama Islam dan negara. -- Bernama
Bernama
Fri Aug 08 2014
Perhimpunan diadakan bagi menyokong serta membela nasib rakyat Palestin.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
Hina B40: Isu pensyarah, pelajar boleh selesai cara baik - GPMS
GPMS menyeru agar semua pihak kekal bertenang untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan baik.
Perak sedia bantu mahasiswa terjejas penangguhan pendaftaran
Razman Zakaria berkata, kerajaan negeri amat prihatin dengan permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa pelajar berkaitan dengan arahan baharu Kementerian Penggajian Tinggi (KPT) itu.
Titah penuh Sultan Nazrin Shah yang perlu dihayati oleh orang Melayu
Orang Melayu yang gagal melakukan pengubahsuaian minda untuk menghadapi senario baru, dibimbangkan akan menghadapi nasib pupus seperti dinosaur.
Persatuan Alumni GPMS UiTM buat laporan polis terhadap Hindraf
Persatuan Alumni GPMS Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuat laporan polis bagi membantah tuntutan Hindraf.
'Fun With English' bantu pelajar kuasai bahasa Inggeris
Kerajaan Perlis akan menganjurkan program "Fun With English" (FWI) bagi membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris bermula tahun depan.
TPM sokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Pendidikan
Timbalan Perdana Menteri menyokong cadangan GPMS supaya Suruhanjaya Pendidikan diwujudkan bagi memastikan pemerkasaan dan kesinambungan pelaksanaan dasar pendidikan negara.
Tiada tawaran baharu untuk penajaan pengajian ke Mesir - Idris
Tiada penajaan baharu daripada mana-mana agensi kerajaan untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir memandangkan keadaan di negara itu masih belum stabil, kata Datuk Seri Idris Jusoh.
GPMS desak PM tolak gesaan pihak mahu UEC diiktiraf
GPMS turut meragui ketelusan UEC kerana ia tidak dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia tetapi badan persendirian Cina.
Melayu perlu terus memperkasa pendidikan - PM Najib
Menerusi Dasar Pendidikan Negara serta komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sistem pendidikan negara, ia kekal menjadi teras utama dalam agenda pembangunan negara.