awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat kurang yakin terhadap ekonomi Malaysia sebelum PKP lagi - EMIR Research

Firdaus Azil
Firdaus Azil
13/06/2020
04:45 MYT
Rakyat kurang yakin terhadap ekonomi Malaysia sebelum PKP lagi - EMIR Research
Hanya 19 peratus responden merasakan ekonomi negara tahap kukuh berbanding 36 peratus merasakan sebaliknya, manakala 45 peratus lagi tidak pasti.
Majoriti rakyat di negara ini dilihat tidak begitu yakin terhadap keadaan ekonomi Malaysia sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan lagi.
Menurut kaji selidik suku tahun pertama 2020 oleh EMIR Research, hanya 19 peratus responden merasakan ekonomi negara berada pada tahap kukuh, berbanding 36 peratus yang merasakan sebaliknya, manakala 45 peratus lagi tidak pasti.
“Angka ini diburukkan lagi dengan pelaksanaan PKP, dan sama ada kita dapat melihat keyakinan rakyat terhadap ekonomi meningkat, adalah bergantung kepada kejayaan kerajaan dalam mengawal pandemik COVID-19, serta keberkesanan strategi keluar untuk memulakan semula ekonomi negara,” menurut kajian itu lagi. i.19 peratus responden merasakan ekonomi negara berada pada tahap kukuh, berbanding 36 yang merasakan sebaliknya, manakala 45 peratus lagi tidak pasti.
19 peratus responden merasakan ekonomi negara berada pada tahap kukuh, berbanding 36 yang merasakan sebaliknya, manakala 45 peratus lagi tidak pasti.

EMIR Research berkata, sebanyak 2,002 responden menyertai kaji selidik itu bermula antara 15 Januari hingga 24 Februari, dan mereka terdiri daripada rakyat Malaysia di kesemua 14 negeri dan wilayah.
Firma itu menyebut, analisa kaji selidik itu adalah relevan sewaktu Pakatan Harapan masih memerintah dalam tempoh yang dinyatakan.
Dalam pada itu, EMIR Research berkata, sebelum COVID-19 melanda negara, 84 peratus kaum Melayu dan Bumiputera sudah merasakan negara tidak berada pada landasan yang betul, atau tidak pasti mengenainya.
Angka juga menunjukkan sentimen yang sama dirasakan oleh kaum Cina (68 peratus) dan kaum India (72%).
“Ketidakpuashatian dalam kalangan Melayu dan kaum Bumiputera lain, telah menyediakan peluang kepada parti politik Melayu yang merasakan ia merupakan masa yang tepat untuk merancang plot bagi kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan.
“Dan akhirnya ia menjadi kenyataan apabila timbul krisis politik susulan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Tanda-tanda itu sudah kelihatan,” kata firma itu lagi.
Selain itu, EMIR Research berkata, Indeks Kepuashatian Kerajaan (GSI), menunjukkan kejatuhan kepada 0.43 mata untuk suku tahun pertama tahun ini, berbanding 0.53 pada suku tahun sebelumnya.
Menurut kaji selidik suku tahun pertama 2020 oleh EMIR Research, hanya 19 peratus responden merasakan ekonomi negara berada pada tahap kukuh, berbanding 36 yang merasakan sebaliknya, manakala 45 peratus lagi tidak pasti.  “Angka ini diburukkan lagi dengan pelaksanaan PKP, dan sama ada kita dapat melihat keyakinan rakyat terhadap ekonomi meningkat, adalah bergantung kepada kejayaan kerajaan dalam mengawal pandemik COVID-19, serta keberkesanan strategi keluar untuk memulakan semula ekonomi negara,” menurut kajian itu lagi.

Topic Berkaitan
#Bumiputera
#Cina
#Dr Rais Husin
#ekonomi
#EMIR Research
#India
#Mahathir Mohamad
#Melayu
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Pelaksanaan PKP
#Perikatan Nasional
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan