awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat M'sia yang maut dalam insiden bot tunda di China di kenal pasti

Bernama
Bernama
18/01/2015
00:10 MYT
Rakyat M'sia yang maut dalam insiden bot tunda di China di kenal pasti
Kementerian itu berkata pihak berkuasa di China pada hari ini mengesahkan seorang rakyat Malaysia maut dalam insiden bot tunda itu Khamis lepas di Terusan Fubei.
Rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang dalam insiden bot tunda karam di Terusan Fubei, Sungai Yangtze dekat Jiangjiang, Wilayah Jiangsu di China, dikenal pasti sebagai Cheong Kin Chin.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Cheong, yang berasal dari Negeri Sembilan.
"Kementerian juga akan membantu urusan perjalanan keluarga mendiang ke China. Konsulat Malaysia di Shanghai sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa China untuk menguruskan penghantaran pulang mayat Cheong ke Malaysia," katanya.
Kementerian itu berkata pihak berkuasa di China pada hari Sabtu mengesahkan seorang rakyat Malaysia maut dalam insiden bot tunda itu Khamis lepas di Terusan Fubei.
"Daripada 25 mangsa hanya tiga terselamat sementara yang lain-lain disahkan terbunuh termasuk empat warga Singapura, satu rakyat Malaysia, satu rakyat India, satu warga Indonesia dan satu rakyat Jepun," katanya.
Topic Berkaitan
#Cheong Kin Chin.bot karam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan