awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia bekerja di Singapura, bukan perkara pelik - Saravanan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
11/08/2022
15:54 MYT
Rakyat Malaysia bekerja di Singapura, bukan perkara pelik - Saravanan
Saravanan berkata, situasi itu bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi juga berlaku di seluruh dunia. - Bernama
KUALA LUMPUR: Tiada yang pelik melihat kepada angka besar rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata, situasi itu bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi juga berlaku di seluruh dunia.
"Ini berlaku di negara lain juga, kita tidak boleh membuat perbandingan sedemikian. Sesetengah rakyat Malaysia memilih bekerja di Singapura kerana mata wangnya lebih kuat.
“Tetapi ada pekerja dari Indonesia yang datang ke Malaysia kerana gaji yang kita tawarkan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Mynext pada Khamis.
Media sebelum ini melaporkan terdapat kira-kira 400,000 rakyat Malaysia bekerja di Singapura yang menawarkan purata gaji antara RM6,095 dan RM9,624, dengan melakukan kerja dalam sektor 3D (bahaya, kotor dan sukar).
Sementara itu, beliau memaklumkan kumpulan pertama pekerja Indonesia telah mula memasuki Malaysia selepas keputusan negara jiran itu untuk menarik balik sekatan tenaga kerjanya ke negara ini, berkuat kuasa 1 Ogos 2022.
Pada 13 Julai lalu, Indonesia mengumumkan keputusannya untuk membekukan sementara kemasukan semua pekerja negara itu ke Malaysia kerana tidak menggunakan sistem tunggal seperti yang dipersetujui sebelum ini.
Bagaimanapun, kedua-dua negara bersetuju untuk mengintegrasikan sistem sedia ada bagi pengambilan pekerja domestik antara Jabatan Imigresen Malaysia dan Kedutaan Indonesia di sini.
Dalam pada itu, Saravanan memberitahu kementeriannya akan membincangkan terlebih dahulu rayuan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang mahu tempoh pengambilan pekerja asing dilanjutkan.
Presma sebelum ini melahirkan kebimbangan bahawa lebih 3,000 restoran mamak di seluruh negara mungkin ditutup kerana kekurangan pekerja.
Gesaan daripada persatuan itu dibuat selepas pihak berkuasa mengumumkan penggantungan pengambilan pekerja asing antara 15 dan 31 Ogos.
Topic Berkaitan
#M Saravanan
#Singapura
#Pekerja
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan