awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia boleh tuntut insentif RM50 ePENJANA dengan Touch n Go eWallet

Bernama
Bernama
31/07/2020
08:27 MYT
Rakyat Malaysia boleh tuntut insentif RM50 ePENJANA dengan Touch n Go eWallet
Sempena program tersebut, Touch n Go eWallet bakal memberi lebih nilai menerusi ganjaran tambahan #LebihBanyakEkstra.
Touch ‘n Go eWallet telah terpilih bagi program ePENJANA, yang merupakan sebahagian daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bertujuan meningkatkan kadar perbelanjaan dan menggalakkan perlaksanaan digital di negara ini.
Sempena program tersebut, Touch ‘n Go eWallet bakal memberi lebih nilai menerusi ganjaran tambahan #LebihBanyakEkstra merangkumi pelbagai keperluan harian yang ditawarkan oleh rakan niaga terdiri daripada pelbagai jenama besar, industri kecil dan sederhana dan perusahaan mikro dalam industri makanan dan minuman, sektor runcit, bahan makanan, fesyen, hiburan, teknologi maklumat dan sebagainya.
“Kami gembira dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan sekali lagi bagi melaksanakan ePENJANA dan berikhtiar mewujudkan ekosistem yang berfungsi secara baik kepada rakyat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong dalam satu kenyataan, hari ini.
Program yang berlangsung dari 31 Julai 2020 hingga 30 September 2020 ini membolehkan warganegara berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 menebus insentif RM50 ePENJANA yang berbentuk kredit e-dompet.
Penebusan boleh dilakukan dan diguna pakai untuk pelbagai transaksi di lebih daripada 220,000 pusat perniagaan rakan niaga Touch ‘n Go eWallet sepanjang tempoh program tersebut.
Touch ‘n Go eWallet yang mempunyai lebih 11 juta pengguna juga menyeru pengguna baharu dan sedia ada untuk melengkapkan proses pengesahan akaun mereka sekiranya belum dilaksanakan, bagi membolehkan penebusan insentif tersebut serta menunggu ganjaran #lebihbanyakekstra menerusi setiap transaksi dengan Touch ‘n Go eWallet.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan
#ekonomi
#jana ekonomi
#jana semula
#kerajaan
#Malaysia
#PENJANA
#rakyat
#rakyat Malaysia
#RM50
#tuntut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan