PANDEMIK COVID-19 semakin membimbangkan di seluruh dunia dengan sekurang-kurangnya satu per tiga daripada warga dunia kini diarahkan duduk di rumah.
Di sebalik kebimbangan itu, tumpuan juga perlu diberikan kepada keadaan rakyat Malaysia yang berada di luar negara termasuk atas urusan pekerjaan dan melanjutkan pelajaran.
Astro AWANI menghubungi beberapa warga Malaysia di luar negara termasuk di Amerika Syarikat (AS) Indonesia dan Hong Kong bagi mendapatkan pengalaman mereka berdepan ancaman tersebut.
Berhubung dengan kedutaan
Pelajar Doktorat Kesihatan Awam (DrPH) di Harvard University, Mohd Lutfi Fadil Lokman berkata keadaan di AS ketika ini amat membimbangkan susulan penularan pandemik COVID-19 di negara itu.
Katanya, kebanyakan rakyat Malaysia di negara itu sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di AS bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung wabak tersebut.
“Jadi, saya sekeluarga mengambil langkah yang lebih berjaga-jaga kerana saya mempunyai anak yang berusia dua tahun dan isteri saya juga sedang hamil.
“Jadi, langkah kami untuk berjaga-jaga adalah tinggal di rumah dan jika perlu untuk beli barang, saya akan keluar bersendirian dan memakai penutup muka dan hidung dan kemudian membasuh barangan yang sudah dibeli sebaik sahaja pulang ke rumah,” katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
BACA: COVID-19: KKM jangka peningkatan kes mendadak pada pertengahan April
BACA: COVID-19: Malaysia catat kematian ke-27, 61 telah discaj - KP Kesihatan
Bercerita lebih lanjut, Mohd Lufti mengakui bahawa pelajar Malaysia di AS terpaksa berdepan dengan cabaran selepas sebilangan mereka hilang tempat tinggal.
“Alhamdulillah saya di sini dalam keadaan masih baik tetapi ada juga pelajar yang kurang bernasib baik kerana tinggal di asrama dan mereka tidak lagi dibenarkan untuk tinggal di asrama dan kehilangan tempat tinggal.
“Jadi untuk pelajar ini, Kedutaan Besar Malaysia membenarkan mereka untuk pulang ke Malaysia,” jelasnya yang juga merupakan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bimbang makin meruncing
Situasi sukar juga terpaksa ditempuhi rakyat Malaysia yang berada di Indonesia selepas republik itu mengeluarkan perintah darurat sejak beberapa hari lalu.
Menurut Raja Elona Safinaz yang kini berada di Jakarta Selatan, dia mematuhi arahan kerajaan Indonesia untuk berada di rumah dan segala urusan kerja hanya dibuat menerusi alam maya.
“Keadaan di Jakarta Selatan agak gawat dan situasi darurat. Kami semua diminta untuk berada di rumah dan tidak keluar.
“Situasi sekarang terutama di Jakarta Selatan amat parah, jadi kami pun harus mengambil langkah-langkah untuk menjauhkan diri dan pergerakan di luar termasuk melakukan penjarakan sosial dan fizikal,” katanya.
Meskipun keadaan meruncing di Indonesia, namun Raja Elona memaklumkan bekalan makanan masih mencukupi.
Bebas tapi terkawal
Sementara itu, pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) di The Chinese University of Hong Kong, Mohd Nazmi Che Nordin pula memberitahu keadaan di Hong Kong masih lagi terkawal.
“Alhamdulillah keadaan saya sihat walafiat dan keadaan di Hong Kong juga terkawal walaupun ada peningkatan kes positif COVID-19.
“Kerajaan Hong Kong tidak pernah mengisytiharkan ‘total lockdown’ atau ‘partial lockdown’ mahupun Perintah Kawalan Pergerakan seperti di Malaysia. Tetapi, pada awal penularan pandemik COVID-19, kerajaan Hong Kong menutup pintu sempadan antara tanah besar di China.
“Jadi, saya dan penduduk Hong Kong yang lain menjalani rutin harian seperti biasa, kami dibenarkan keluar rumah, membeli-belah, dan beriadah di samping mengekalkan tahap kebersihan diri,” katanya.
Setakat Ahad, 607,965 kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dengan lebih 28,000 kematian dicatatkan akibat pandemik tersebut.
Justeru, semua pihak disarankan untuk terus kekal di rumah dalam usaha hapus COVID-19.
Hasimi Muhamad
Sat Mar 28 2020
Mohd Lutfi Fadil Lokman (kiri); Raja Elona Safinaz (tengah); dan Mohd Nazmi Che Nordin (kanan) berkongsi pengalaman mereka berada di luar negara ketika berdepan dengan COVID-19. - Gambar Astro AWANI
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.