Meskipun dunia masih bergelut dengan pandemik COVID-19, namun, ia tidak menjadi penghalang untuk rakyat Malaysia di luar negara meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-63.
Baru-baru ini, rakyat Malaysia di Medan, Indonesia, berpeluang menyambut Hari Kebangsaan 2020 secara sederhana dengan amalan normal baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan susulan wabak COVID-19.
Pengarah Pelancongan Malaysia di Medan, Indonesia, Hishamuddin Mustafa berkata kebiasaannya setiap tahun pada 31 Ogos, rakyat Malaysia akan berkumpul bagi menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan dengan pelbagai acara selain persembahan yang menggambarkan negara berbilang kaum.
"Tahun ini tema 'Malaysia Prihatin' telah dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang membawa maksud yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia seiring dengan situasi negara yang masih menghadapi pandemik COVID-19," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini.
Mengakui sektor pelancongan turut merasai tempias akibat kesan penularan wabak itu, Hishamuddin berharap keadaan akan kembali pulih sekali gus dapat 'menghidupkan' semula sektor pelancongan di kedua-dua negara.
"Semoga Malaysia kekal dalam keamanan, makmur dan sama-sama kita lebih prihatin agar pandemik COVID-19 dapat diputuskan rantaiannya. Begitu juga kita doakan buat negara di mana kita berada, Indonesia," katanya.
Sambutan Hari Kebangsaan itu dirasmikan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Aiyub Omar dan turut dihadiri wakil konsulat dari Singapura, Jerman, Timor Leste, Malta dan Belanda, selain Perwakilan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Medan dan Malaysia Community in Medan (MCM).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 04 2020
Meskipun dunia masih bergelut dengan pandemik COVID-19, namun, ia tidak menjadi penghalang untuk rakyat Malaysia di luar negara meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-63. - Gambar BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Letupan di The Hague: 5 mayat ditemukan, pencarian mangsa diteruskan
Pihak berkuasa Belanda mengesahkan penemuan lima mayat di bawah runtuhan sebuah bangunan pangsapuri yang sebahagiannya runtuh akibat letupan kuat pada pagi Sabtu.
Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.
Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis
Belanda akan melaksanakan pemeriksaan sempadan tambahan secara sementara bermula 9 Dis bagi membendung "migrasi tidak teratur dan pemerdagangan manusia".
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
EURO 2024: Jaringan minit akhir Ollie Watkins pacu England mara ke final
Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan England dan Belanda terikat 1-1 hasil jaringan 'roket' Xavi Simons dan Harry Kane.
EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara
Belanda terkandas di platform stesen kereta api dan perlu melakukan penerbangan kecemasan untuk sampai ke venue pertandingan.
EURO 2024: Belanda bangkit benam Turkiye untuk ke separuh akhir
Belanda akan berdepan cabaran skuad The Three Lions dalam saingan peringkat separuh akhir saingan EURO 2024 minggu depan.
Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama
Malaysia dan Belanda menjalankan ekspedisi menyelam bersama ke lokasi dua bangkai kapal selam Tentera Laut Diraja Belanda dari Perang Dunia II di perairan Malaysia.
EURO 2024: Dua gol lewat Malen 'hantar' Belanda ke suku akhir
Donyell Malen menjaringkan dua gol lewat ketika Belanda menewaskan Romania 3-0 pada Selasa untuk mara ke suku akhir Euro 2024.
EURO 2024: Virgil van Dijk label sikap Belanda nyaris makan diri
Kekalahan 2-3 kepada Austria dalam perlawanan terakhir kumpulan menyaksikan skuad Oranje melepaskan peluang untuk mengungguli kumpulan.