Rakyat Malaysia yang mengunjungi Thailand atau tinggal di negara itu dinasihatkan agar berhati-hati dan berwaspada sepanjang masa susulan satu siri letupan di selatan Thailand.
Dalam kenyataannya pada Ahad, Wisma Putra berkata Konsulat Jeneral Malaysia di Songkla mengesahkan berlaku insiden letupan di bahagian berbeza di Thailand iaitu empat di Satun serta enam di Phatthalung bermula semalam (Sabtu) hingga hari ini.
"Setakat ini tiada kematian dilaporkan dan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden terbabit.
"Rakyat Malaysia yang mengunjungi atau tinggal di Thailand digalakkan mendaftarkan diri di Kedutaan Malaysia di Bangkok atau Konsulat Jeneral di Songkla. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi e-mel atau faks," demikian menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok di 33-35, South Sathorn Road, Tungmahamek, Sathorn Bangkok 10120 atau menghubungi talian +66-2-629 6800 / +66-87-028 4659 (selepas waktu pejabat), Faks, +66-2-679 2208 / +66-2-679 2270 atau e-mel ke mwbangkok@kln.gov.my
Rakyat Malaysia juga boleh ke Konsulat Jeneral Malaysia di No. 4, Sukhum Road, Muang District Songkhla 90000 atau menghubungi talian +66-7-431 1062 / +66-7-431 6274, atau faks +66-7-432 4004 atau e-mel mwsongkhla@kln.gov.my.
Media antarabangsa hari ini melaporkan beberapa letupan berlaku lewat malam Sabtu dan awal hari ini di wilayah Satun dan Phatthalung di selatan Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2019

Keadaan selepas insiden letupan di salah satu lokasi kejadian di Satun. - Bernama

PKPD di tujuh blok rumah pangsa, perumahan Town Villa di Sibu Jaya dilanjutkan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh blok rumah pangsa dan perumahan Town Villa di Sibu Jaya.

Usah benarkan hospital swasta jual vaksin COVID-19 ketika ini - Pakar
Kerajaan tidak harus berkompromi dengan cadangan membenarkan hospital swasta menjual vaksin COVID-19 kepada golongan berkemampuan.

AWANI Ringkas: Dadah: Lebih lima VVIP dalangi sindiket | Sindiket: PDRM digesa siasat penguat kuasa

Kuasa 'pawri': Video 5 saat di media sosial 'sejukkan' hubungan India-Pakistan
Video pendek Dananeer Mobeen menjadi sohor dan digunakan oleh pengguna media sosial, termasuk golongan selebriti dan ahli politik.

Perkasa undang-undang, persepsi 'rasuah tidak salah' perlu ditukar - Penganalisis
Akta dan undang-undang yang ada di Malaysia ketika ini sudah cukup kuat namun persepsi salah terhadap rasuah menyukarkan keadaan.

Vaksin COVID-19: Dakwaan ada amalan 'potong barisan', kerajaan negeri Kelantan buat laporan polis
Laporan dibuat oleh pegawai khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Mohamed Taufik Ramli di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pagi tadi.

Tok Pa jawab 10 soalan berkaitan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia
Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia adalah dokumen komprehensif yang menggariskan usaha dalam mencapai aspirasi MyDIGITAL.

Tiada keperluan lagi untuk panggil sidang Parlimen - Takiyuddin
Persidangan Parlimen akan diputuskan oleh Jemaah Kabinet berdasarkan keadaan semasa sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong.

Aktivis ditahan atas dakwaan membakar potret Raja Thailand
Chaiamorn didakwa di bawah undang-undang lese majeste yang membawa hukuman sehingga 15 tahun penjara.
![[SIDANG MEDIA] Menteri Kesihatan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [SIDANG MEDIA] Menteri Kesihatan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893459/15793218591614752873088_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Menteri Kesihatan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ikuti sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19

Capitol AS ditutup sementara susulan kebakaran di kawasan berdekatan
Kebakaran itu bagaimanapun telah pun dipadamkan dan ia dilaporkan tidak memberi sebarang ancaman kepada orang ramai.

Gencatan politik perlu demi keselamatan rakyat
Gencatan politik dalam keadaan negara berhadapan ujian getir pandemik COVID-19 dilihat perlu kerana ia melibatkan soal keselamatan rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif TikTok letak jawatan, akibat tekanan AS
Mayer berkata beliau membuat keputusan itu berikutan perubahan dramatik dalam persekitaran politik.

Trump keluar perintah eksekutif haramkan TikTok, WeChat di AS
Tindakan itu sekali gus dilihat memberi tekanan kepada pemilik aplikasi ByteDance yang berpangkalan di Beijing, China untuk menjualnya kepada AS.

Lynas: Syarat ketat pastikan residu radioaktif dihentikan
Syarat yang dikemukakan kerajaan dalam membenarkan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) beroperasi adalah bagi memastikan penghasilan residu radioaktif dihentikan pada masa depan.

Pawagam haramkan topeng muka sempena tayangan 'Joker'
Keputusan itu dibuat dipercayai ada kaitan dengan ancaman keselamatan seperti yang pernah berlaku sewaktu tayangan filem Batman pada tahun 2012.

Isu pejabat UMNO Pekan ditembak: Muhyiddin persoal Najib
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jika benar laporan polis telah dibuat pada ketika itu, sudah tentu kerajaan tidak akan memandang ringan.

Najib kongsi gambar kesan tembakan di pejabat UMNO Pekan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan pejabat UMNO di Pekan, Pahang pernah menjadi sasaran penembak dalam kejadian pada tahun 2017.

Balas dendam kes Muhammad Adib antara punca empat lelaki mahu serang rumah ibadat
Kesemua suspek ditahan terdiri daripada seorang warga tempatan, dua warga Rohingya dan seorang Indonesia yang berusia antara 20 hingga 49 tahun.

Ekonomi Sandakan tidak berkembang jika isu keselamatan tidak ditangani - Anwar
Isu ancaman keselamatan di Sandakan perlu diselesaikan dengan segera bagi memastikan ekonomi di daerah itu kembali pulih seperti sebelum ini.